MURTABAK HARAM BULAN RAMADAN!!! Jangan main Bedal je

 

Salam bahagia,

Hari ini genap sudah 16 hari kita berpuasa di bulan Ramadan ini. Esok juga hari yang cukup bersejarah dengan penurunan Al-Quran yang mulia daripada Lauh Mahfuz ke Baitul izzah (langit dunia) sebelum diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw.

Dan cukup 16 hari jugalah kita berbuka dan bersahur yang mana 2 kegembiraan orang berpuasa akan diperolehi iaitu kenikmatan berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah nanti.

Bercakap tentang berbuka ini memang banyak ragamnya.

Bazar ramadan sentiasa penuh dengan lautan manusia yang mencari-cari juadah untuk berbuka antara makanan popular bulan Ramadhan adalah murtabak. Tapi awas, berhati-hati dengan murtabak HARAM. Banyak dijual di bazar-bazar ramadhan juga.

Hukum asal memakan murtabak adalah harus. Namun saudara-saudari sedar atau tidak bahawa terkadang dek kesibukan meraih untung dunia yang sedikit terdapat segelintir dari peniaga menggunakan bahan terlarang dalam penyediaan bahan-bahan membuat murtabak.

Apa dia?  tertanya-tanya bukan?

Telur yang tidak di basuh. jika saudara-saudari beli telur di pasaraya, adakah telur yang dibeli dibasuh sebelum digunakan. semestinya YA bukan?

Rupa telur ayam yang dijual di pasaraya (berserta najis)

Itu di rumah kita, namun di bazar-bazar ramadhan,  terdapat segelintir golongan peniaga yang tidak langsung membasuh telur yang mereka gunakan. tidak hairanlah telur tersebut mungkin dicemari najis ayam. Kalau saudara-saudari tidak percaya, petang esok, pergi ke gerai murtabak lihat sendiri bagaimana keadaan telur yang digunakan.
Inilah telur yang tidak dibasuh ..ditayang tanpa segan silu


Namun tidak semua peniaga seperti yang dinyatakan diatas. Namun saya syorkan peniaga yang ikhlas dan beriman, yang membasuh telur mereka, paparkan pada iklan anda MURTABAK TELUR DIBASUH sebagai suatu pengiktirafan kebersihan sekaligus menyebabkan geria-gerai yang tidak membasuh telur yang digunakan merasa malu dengan perlakuan dosa yang mereka lakukan.

Saya SYORKAN sahabat2 semua bila nak belia apa sahaja melibatkan telur termasuklah Roti John.. jeling2 lah ke bekas2 telor mereka. Kalau masih dalam sarang tu paham2 sajelah...

Macam inilah yang kita mahukan


Ini lebih profesional lagi


Jangan pandang enteng soal kebersihan yang jika tidak diambil kira sebaik mungkin, boleh jadi kita semua menanggung dosa. Jom mencari bukan sahaja halal malah thoyyiban.

Akhir sekali, murtabak jangan diboikot, tapi boikot dan tegur peniaga itu. Kasihan pada murtabak, dek nila setitik rosak susu sebelanga.

Sekian.

#murtabakharam
#rotijohn
#murtabak
#halalharam

Post a Comment

Previous Post Next Post