Salam semua,
Niat untuk mengarang TAK PERNAH padam. Walau pun kadang-kadang aku rasa juga untuk berputus asa. Namun cepat2 aku sedarkan diri bahawa dalam KAMUS KEHIDUPAN tiada ISTILAH BERPUTUS ASA.
Aku cuba untuk move on dari blospot ke wordpress. Namun percubaan dari tahun lepas menggunakan hosting- Hostinger.com dan domain ZULKAMAL.COM amat mengecewakan.
Aku boleh puji yang HOSTINGER yang menggunakan hpanel kelihatan lebih mudah dan ringkas. Tapi respon untuk permasalahannya sedikit lambat. Lagging dalam 5-10 minit untuk dijawab setiap pertanyaan dan terdapat masalah yang aku sendiri tak dapat diselesaikan dan operator pun x berjaya solvekan.
Banyak spam yang aku dapat melalui emel berkaitan domain ZULKAMAL.COM. Isu teknikal seumpama ini banyak merencatkan idea untuk berkongsi dengan korang semua.
Mana taknya, buka website sendiri pun x dapat. Isu SPAM. Isu register emel dan tukar password sesuka hati. Macam kene hack.
Oleh itu, MASALAH ini takkan dapat merencatkan idea aku untuk berkongsi. Lalu aku buka semula blogspot atas nama ZULKAMALSAFIN.BLOGSPOT.COM sebelum aku beli domain .COM nanti.
Ternyata aku lebih utamakan RESULT. Dari aku pulun isu teknikal tak sudah2 dan membuang masa, baik aku kembali kepada BLOGSPOT lebih aku selesa kerana dah guna sejak 2007 lagi.
Aku biarkan perkongsian aku ini menjadi bukti aktifnya aku didunia masa kembali.
Salam Hormat
Post a Comment