Lokasi Honeymoon Terbaik di Malaysia

Pulau Langkawi, Kedah

tempat menarik malaysia honeymoon Photo credit: @pipierastaman

Jika anda inginkan saat-saat yang istimewa dan romantik bersama yang tersayang, Stardust Cruise menawarkan satu pengalaman yang unik dengan beberapa pakej termasuk pakej makan malam romantik di atas kapal layar sambil menikmati suasana tropikal pulau Langkawi dan pemandangan indah matahari terbenam. Dan jika bertuah, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba.

Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Langkawi juga sangat cocok bagi anda yang ingin menghabiskan masa bersantai di tepi pantai dikelilingi hutan hujan tropika dan haiwan-haiwan eksotik seperti burung helang dan banyak lagi. The Andaman Resort menjadi pilihan yang tepat kerana selain keindahan pantai yang jernih dan pasir seputih mutiara, hotel ini juga menyediakan pebagai kemudahan dan aktiviti untuk dilakukan. Beberapa di antaranya adalah mengikuti lawatan ke dalam hutan tropika yang berusia lebih 10 juta tahun dan manjakan diri anda di spa dengan urutan dan mandian bunga.

Pulau Pangkor

 Pangkor Laut Resort

Pulau ini mempunyai salah satu pantai yang tercantik di Malaysia. Kecantikan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menambahkan lagi keunikan pulau ini. Bagi pecinta sukan air, pulau ini menyediakan beberapa aktiviti seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

Pulau Pangkor Photo credit: @amar414

Nikmati saat-saat romantik bersama pasangan anda dengan bersiar-siar di sekitar pulau dengan menaiki motosikal dan jangan lepaskan peluang untuk memberi makan burung hornbill yang terdapat di sekitar pulau.

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat menarik untuk honeymoon di Malaysia yang sesuai bagi anda yang sukakan cuaca yang sejuk dengan ekosistem yang menghijau di sekitar anda. Pencinta alam pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini!

Cameron Highlands, Pahang Photo credit: @aikosunnysan

Antara aktiviti yang dapat dilakukan bersama pasangan anda ialah melawat ladang teh dan pengalaman memetik sendiri buah strawberi. Aktiviti ini amat sesuai terutama sekali bagi pasangan anda yang gemarkan buah strawberi. Selain itu, tempat ini juga berlatar belakangkan keindahan ladang teh yang menghijau dimana sangat sesuai bagi anda yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik ke instagram. Jangan lupa untuk melawat Butterfly Garden yang menempatkan rama-rama yang berwarna-warni dan pelbagai jenis serangga.

Pulau Mabul, Sabah

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam di dunia kerana kejernihan airnya. Bagi pasangan anda yang sukakan aktiviti snorkelling dan menyelam pulau ini sesuai dijadikan destinasi honeymoon anda.

Pulau Mabul, Sabah Photo credit: @lavrel

Mabul Water Bungalows menawarkan satu pengalaman yang unik dan berbeza dengan villa yang terapung di atas air seperti di Bora-Bora. Selain disajikan dengan panorama yang indah terutama sekali ketika terbenam matahari, resort ini turut menyediakan rawatan spa untuk anda berehat.

Kinabatangan, Sabah

 CC 2.0 / Christopher Michel

Bagi anda yang ingin lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi, anda dapat menikmati keindahannya dengan cara yang berbeza. Lawatan ke River Safari di Kinabatangan ini sememangnya patut berada di dalam senarai anda. Dengan menaiki bot menyelusuri sungai Kinabatangan dan melihat hidupan liar dengan lebih dekat sememangnya satu pengalaman yang menakjubkan.

Kinabatangan, Sabah Photo credit: @ramusjphoto

Antara haiwan yang dapat dijumpai di sini termasuklah Orang Utan yang memang terkenal di Sabah, Red Leaf Monkey, buaya, badak sumbu Sumatra dan banyak lagi jenis haiwan dan serangga. Jika anda dan pasangan merupakan seseorang yang sukakan pengalaman yang lebih mencabar, anda boleh mengambil pakej safari di waktu malam bagi melihat hidupan liar di waktu malam yang berbeza dengan haiwan di waktu siang.

 Christopher Michel

Raub, Pahang

Raub, Pahang

Terletak kira-kira 1 jam dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur, tersembunyi sebuah resort percutian yang mewah di tengah-tengah kehijauan hutan pahang yang indah. Ianya tempat dimana kemewahan bertemu dengan keindahan alam semulajadi di Casabrina Vacation Villas.

Raub, Pahang

Resort ini sesuai bagi anda yang ingin meluangkan masa privasi bersama pasangan anda di samping menikmati keindahan alam. Antara tarikan utama di resort ini adalah ‘infinity pool’. Di mana anda boleh berehat di dalam kolam renang ini sambil menikmati pemandangan menakjubkan hutan lipur yang terbentang luas di hadapan anda. Selain itu, pihak resort turut menyediakan aktiviti sukan golf, jungle trekking, dan lawatan safari.

Bandar Melaka

Jika anda dan pasangan merupakan penggemar budaya, bandar Melaka menjadi pilihan yang tepat untuk destinasi honeymoon di Malaysia. Dengan kekayaan sejarah dan tradisi, terdapat banyak tempat bersejarah dan tarikan pelancong untuk dilawati selain tempat menjual kraftangan yang unik hasil tempatan, tempat makanan yang popular, dan mural atau latar belakang yang cantik untuk gambar di instagram.

Salah satu tarikan utama di bandar bersejarah ini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan menaiki beca yang cantik dihiasi dengan pelbagai tema, terutama sekali di waktu malam dengan kemeriahan lampu berwarna-warni yang dipasang pada beca.

 Deep-soaking bathtub in The Majestic Malacca

Jadi Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat menarik untuk honeymoon untuk dilawati bersama pasangan yang tercinta. Mengapa harus pergi jauh sekiranya percutian idaman anda berada dekat dengan anda. Jom mula merancang percutian honeymoon anda!


Oleh: 




Post a Comment

Previous Post Next Post