Percutian keluarga 3H2M bersama anak kecil di Pulau Langkawi


Salam semua, kalau cerita tentang cuti, semua orang suka. Tak hairanlah Malaysia pun tergolong negara yang antara paling banyak cuti-cuti umumnya. 

Bila bercakap tentang cuti, untuk keluarga yang punyai anak kecil, cuti kadang merimaskan. Ada yang tak sanggup bawa anak2 bercuti sebab atas pelbagai alasan..


Saya bincang dengan wife untuk kami bawa anak2 bercuti. Discuss punye discuss akhirnya kita putuskan pi Langkawi je. Nak bawa angkatan perang ni kene banyak perancangan sebab masing-masing ada perangai masing2. Al maklumlah budak2. Anak2 masih kecil.


Hari Pertama (24 Dis 2019):


Kami bertolak awal pagi sekitar 5.00 pagi dari Kota Bharu dan destinasi akhir ialah Kuala Perlis untuk ke langkawi. Solat subuh di Masjid Cina atau ada yang letak nama Masjid Beijing Rantau Panjang walaupun nama asalnya ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. 


Jalan kosong je..apa pun asal selamat  *copyright

Perjalanan lebih 4 jam gitu kami sampai di Gurun, Kedah. So apa lagi, calling2 adik di Arau untuk belikan tiket feri. Sempat lah 2 jam untuk sampai sana. Tak perlu beratur. Kalau korang jenis yang tak suka beratur dan boleh bajet masa, beli je online tiket feri di https://ticket.langkawiferryline.com/index_ext.php?online_ticket


HARGA TIKET DARI KUALA PERLIS-LANGKAWI (Lagi murah dari Kuala Kedah-Langkawi)

DEWASA: RM18 SEHALA

KANAK2: RM13 (3 TAHUN-12 TAHUN)

Kami ambil tiket jam 2.30 petang. Sampai di Arau dalam jam 1.30 petang. Untuk parking, sekitar jeti Kuala Perlis ada. Tak perlu risau, memang banyak abang2 motosikal akan escort anda sambil tanya nak parking tak. Kos, sekitar RM10 sehari je.


Alhamdulillah, jeti tak ramai macam selalu orang cakapkan.. tapi bila nak naik feri baru nampak ramai sebab hanya satu pintu je dibuka..


Sesak sebab satu pintu sahaja dibuka  *copyright


Untuk menaiki feri, memang sedikit sesak. So anak kecil jawabnya berdukung lah..lenguh pinggang bapa sejati nih. Kalau kami travel, kami akan elakkan bawa strawler. Better bawa carrier je. Mudah dan x bulky.

Mem Besar happy kali pertama ke Langkawi dalam hidup *copyright


Tiket ada no seat. Pastikan anda duduk ikut no tersebut. Perjalanan ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis sekitar 1 jam.

Duduk ikut nombor yer *copyright

Sampai jeti terus ambil kereta sewa yang dah kami book 2 minggu sebelum. Apa lagi kali ini kita book HONDA CITY. Harga RM120/Sehari. Ok lah tu. Kami book dengan syarikat kereta sewa kat bawah ni. Servis tip top. Syarikat anak jati langkawi.





Kami stay di Pantai Cenang. Paradise Inn. Hotel kecil dan kurang privasi. Tapi kalau suka kan kawasan makan yang banyak memang pantai cenang lah lokasi sesuai. Kami book online sebulan sebelum pakai AGODA. So, klu tak puas hati pun dah book dan bayar. Redha je lah.


Sampai dah lewat petang sekitar jam 5 petang. Malam tu kami rehat je. Keluar sekejap ke airport amik mak ayah plak. Depa mai pakai belon. Untung lah..haha


Hari Kedua (25 Disember 2019) :


7.30 pagi- Ready pi beli sarapan di kampung sekitar Pantai Cenang. Tak jauh dari hotel sekitar 2km je. Harga OK lah. Tak murah tapi tak terlalu mahal. 


Harga berpatutan *copyright

8.00 pagi- Bergerak ke Jeti Nelayan Kg Baru untuk island Hopping. Hanya RM30/SEORANG.Kanak-kanak RM25/Seorang. Island Hopping ni boleh je bawa kanak2. Anak saya paling kecik setahun 2 bulan. Selamba je ikut.


Island hopping akan ke 3 tempat, Pulau Dayang Bunting (aktiviti air), Pulau Lang Tengah (bagi makan helang) dan Pulau Beras Basah (mandi-manda). Total keseluruhan masa 4 jam. Dalam jam 1 habis.


Jeti Nelayan untuk Island Hopping *copyright

Parking je tepi jalan..InsyaAllah selamat *copyright

Teruja semua termasuk umi abahku ini  *copyright

Lihat betul2..ada macam perempuan mengandung x? Dayang Bunting *copyright

Kayak dengan anak-anak *copyright

Cantikkan tasik dayang bunting *copyright

Gambar ini di Pulang Lang Merah *copyright

Pantai di Pulau Beras Basah *copyright

Pantai memang putih dan bersih *copyright

2.30 petang- lepas makan tengah hari dan balik hotel, kite bersiap pula nak naik cable car. Kalau untuk trip 3H2M ni memang kene isi masa sebaiknya yer. Jam 3 kami sampai ke Oriental Village, Burau Bay (Bukit Machinchang).

TIKET KAMI BELI ONLINE JE. Lebih murah. Ade je dekat Shoppee... Beli tiket online lebih jimat masa sebab tak perlu beratur di kaunter. Terus ke kaunter 6 untuk redeem je. Dan terus boleh masuk. Anak-anak pun tak perlu menunggu lama.


Kami beli tiket 4 in 1: Sky Cab + sky dome + 3D + Sky Rex


Harga beli di tripcarte.asia. Boleh tengok bawah.





Cable car ni tutup jam 7 petang. Oleh itu, kene bajet masa ye untuk tengok SKY DOME (tengok wayang dalam dome), 3D pictures dan SKYREX (pengembaraan ke dunia dinasours). Kami keluar ngam2 jam 7 malam. Semua dah nak tutup. Puas hati sebab dapat rasainya semua.

Untuk skyrex anda kene pakai 3D glass. Untuk kanak2 ok je sebab tak lama sangat sekitar 5 minit je tayangan.

Kedua syurga duniaku  *copyright

3D Theather    *copyright

Kena beratur ye nak masuk   *copyright

Jam 7.10 malam- Kami ke Jeti Kuah untuk beli tiket balik. Tapi silap kami lambat beli, banyak tiket dah habis. Rancangan awal nak pulang jam 2.30 petang. Tapi semua tiket dah habis. So yang ada jam 12 tengah hari dan 7.00 malam. Kami ambil jam 12.30 tengah hari je. Sayang. Kalau tak banyak lagi jadual kami boleh aturkan. Lepas tu, kami terus bergerak ke kedai makan sekitar airport. Semua dah kepenatan. Kami bungkus dan makan kat bilik je.


Lepas anak-anak lepak-lepak kat bilik, saya ambil peluang pulak jalan-jalan sekitar hotel. Ada banyak kedai dan juga pasar malam. Cuci mata sambil tengok barang-barang murah.

jalan-jalan sekitar jalan Pantai Cenang - *copyright

Hi..smile    *copyright


HARI KE-3 (Hari Shopping SEDUNIA dan Hari pulang / 26 Dis 2019)

7.00 pagi- Sebelum sarapan kita jalan2 di Pantai Cenang. Selepas tu Kami ke kedai berdekatan Jalan Pantai Cenang untuk sarapan. Sarapan kat kedai ramai-ramai. Kos OK lah. Tak terlalu mahal. Roti canai standard sekitar RM2 untuk roti telur.

Pantai Cenang jam 7.00 pagi  *copyright

8.00 pagi-siap2 dan check out awal2. Sebab lokasi seterusnya ke HIG (Haji Ismail Group). Kire2 ke mall die lah. Mall buka jam 9.30 pagi. Apa lagi kita manafaatkan ke Dataran Lang, sebelah Jeti Kuah dulu. Park je kat jeti kuah dan jalan kaki ye. 

Berebut nak posing    *copyright

Pandangan dari Jeti Kuah    *copyright


9.20 pagi- terus gerak ke HIG di bandar Kuah. Dekat je. 10 minit. Pagi bagus sebab tak ramai lagi. Kami memborong sepuas hati.

10.30 pagi- Memandangkan minyak kereta masih banyak, kita ke Makam Mahsuri. Tak sempat masuk. Sekadar nak lalu2 kat situ je, Kami singgah pula kedai minyak gamat Langkawi yang terkenal, Nusantara Gamat. Tepi jalan je.

Pintu masuk Makam Mahsuri     *copyright

Nusantara Gamat      *copyright

11.30 pagi- kami terus bertolak ke Jeti Kuah.. berikan kereta sewa dan setel. Naik feri ke Jeti Kuala Perlis.


Minyak kereta berbaki lagi 1/4.Banyak lagi sebenarnya. Saya isi dalam RM90 untuk 3H2M guna Honda City.

Maka selesailah sudah trip ringkas kami 3H2M yang padat. Sebab memang matlamat nak jalan2. Tu pun tak habis semua lagi. Kalau kata jem.. tak sangat masa saya pergi. Mungkin sebab minggu terakhir sebelum tahun baru. Ramai yang dok sediakan keperluan persekolahan kot.

Muke penat dan puas hati   *copyright

Sekian, semoga bermanafaat.

RINGKASAN TEMPAT YANG DILAWATI/PAKEJ KAMI BELI:

1. PAKEJ ISLAND HOPPING
2. PAKEJ CABLE CAR (4 IN 1)
3. MAKAM MAHSURI
4. HIG MALL
5. DATARAN LANG
6. NUSANTARA GAMAT
7. PANTAI CENANG
8. PASAR MALAM JALAN PANTAI CENANG


*gambar yang dipaparkan merupakan gambar peribadi dan milik blog ini. Mohon sertakan link blog ini juga jika anda ingin menggunakan gambar tersebut

2 Comments

  1. Kalau pergi Langkawi, Haji Ismail Group tu memang dah kira tempat wajib singgah untuk coklat-coklat..hehe

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat. Banyak pilihan dan parking pun luas

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post