Salam semua,
Tahun 2022 dah nak dekat. Korang ada tak terpikir nak buat kerja apa yang boleh jana wang lebih banyak untuk tahun depan.
Sepanjang aku selidiki, aku boleh simpulkan ada 5 kerja yang boleh buat duit yang banyak berganda2. Korang nk tau? Baca kat bawah ni...
1. Youtuber
Yang ini memang betul. Walaupun aku baru nak berjinak2 dengan RojakBuahChannel #rojakbuahchannel... tapi hasil pengamatan aku, kalau content channel korang bagus.. Nilai yang korang boleh jana.. UNLIMITED weyhh.. contoh.. syahmi sazli.. irfan.. azfar badrul dll
2. Media Social Influencer
Yang ni kalau korang aktif twitter dan fb..atau instagram. Korang boleh menjana income sampingan .. bile dah meletop.. memang jadi income sepenuh masa ye.
Banyak media influencer mcm vivy yusof.. instafamous lain gunakan channel atau platform utk review produk dan hotel. Korang ingat free ke. Sure dibayar ye. Berapa.. bergantung pada jumlah subscriber..atau follower ye.
3. Graphic Designer
Bila semua orang dah ada akaun social online..maka makin banyak syarikat yang akan cuba menarik pelanggan menggunakan media social. Oleh itu, design yang menarik akan memberi peluang lebih besar untuk menarik pelanggan. Jadi kalau korang buat kerja secara partime pun memang berbaloi2. Kalau tak pandai pun nak buat design menarik..sekarang banyak dah online service yang tawarkan. Anda boleh jadi orang tengah. Syarikat famous antaranya canva.com.
4. Blogger
Ramai tak tahu, selain youtube channel, blog juga boleh jana income yang masyukk tau. Bayaran atas iklan, jumlah view dan klik. Boleh rujuk google adsense. Tapi paling penting adalah content yang bagus. Niatkan nak share tentang info baharu. Pasti ramai yang akan singgah blog korang.
5. Online Seller
Yang ini juga tak kurang hebat. Boleh jana wang yang banyak kalau kene gayanya. Daftarkan diri dengan shoppee atau lazada atau mana-mana platform jualan online. Sesetengah platform macam lazada perlukan syarikat. Kalu shoppee maybe boleh personal. Dan apa lagi. Korang jual apa sahaja secara online. Saya suggest korang jual apa yang korang minat. Bila kita minat sesuatu...pupuk minat tu betul2.. mana tau boleh tukar minat jadi wang pula.
Itu saja 5 kerja online tahun 2021/2022 yang boleh buat duit untuk korang walaupun korang tak perlu kerja keras sangat.
Selamat mencuba!
Post a Comment