Pengalaman bersama-sama mengharung 6 tahun bersama isteri saya yang menyambung master dan PHD sangat menguji ketahanan. Memang kena banyak berkorban. Hasil pengamatan saya, ada 5 perkara yang anda kene KORBANKAN jika pasangan anda seorang pelajar PHD.
1. KEWANGAN ALA KADAR
Perkara pertama anda kena faham jika pasangan anda seorang pelajar ialah kewangan tidak semewah dulu kerana perbelanjaan PHD ni banyak kepada buku-buku rujukan, cetakan artikel-artikel rujukan bahkan kalau yang buat survey..hadiah/token kepada responden juga anda yang kena tampung sendiri.
Maka asas kewangan kene mahir dan sentiasa monitor. Berjimat ketika perlu.
2. MAKAN PAKAI SEDERHANA
Bila pasangan anda seorang pelajar PHD, maka janganlah mengharap anda akan dilayan mewah seperti dulu. Makan minum mungkin sedikit terabai terutamanya jika time defend proposal, sebulan sebelum viva..atau ketika menyiapkan artikel.
Pasangan kena faham dan support pasangan anda yang sedang bertungkus lumus OK.
3. MELANCONG JARANG SEKALI
Bila pasangan anda berjuang dengan PHD nya maka peluang melancong mungkin terpaksa anda korbankan sementara waktu. Jika dulu sebulan sekali ada trip melancong..maka kini kena hadkan boleh jadi 2 bulan sekali.
4. RUMAH TAK MACAM ISTANA
Jika dulu pasangan (isteri) anda selalu kemas rumah. Pakaian setiap hari basuh, kini anda kena tolerate sikit. Pelajar PHD ni sibuk memanjang je. Jadi sebagai pasangan, tolonglah pasangan anda dengan menyiapkan segala keperluan. Bantu dia terutamanya bab mengemas rumah.
5. LAYANAN BUKAN 24JAM LAGI
Jika dulu pasangan anda layan anda 24jam. Kini anda kena faham. Kadang2 dia terpaksa stay up sampai 2-3 pagi untuk siapkan paper. Jadi part ni tolong tolerate. Bantu dengan sediakan minum malam. Atau boleh teman sekali sambil layan bola ke. Support pasangan.
Kalau dah bangun lewat malam tu, apa kata tahajud sekali lah.
Ini 5 yang biasa berlaku bila pasangan pelajar PHD. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Harap memberi manafaat dan persediaan fizikal dan mental untuk anda dan pasangan.
Post a Comment