PRU 14 SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI

Image result for pru 14



PRU 14 sudah melabuhkan tirainya kira-kira 20 hari yang lalu. Tapi bunyi-bunyi sumbang masih kedengaran. Terkadangar bunyi itu lebih gamatnya dari tasbih dan tahmid di masjid-masjid dan surau-surau dek pengisian Ramadhan.

Media sosial seperti FB apatah lagi. Saban hari tanpa kesudahan ternyata ghairahnya umat Malaysia dalam perbincangan politik tanah air. Dari isu viral khabar palsu kereta `roti john` YB Mat Sabu sehinggalah World Cup dan lain-lain lagi.

Sepanjang pemerhatian pendek saya, saya lihat pahat-pahat sering berbunyi ini datang dari kumpulan KALAH Federal tapi menang negeri. Kebanyakannya yang dilihat agresif adalah penyokong GAGASAN SEJAHTERA atau lebih berfokus kepada PAS. Barang kali mungkin sebahagian mereka fahami salah satu jihad alam siber kini adalah kritik dan sindiran kepada kerajaan baharu. Terkadang kalau asyik melihat kuman di lautan sahaja, gajah depan mata buat-buat tak nampak itu dinamakan TAKSUB. Tak semua begitu tak semua begitu, tapi yang banyak menonjol begitulah.

Image result for keputusan pru 14




Satu bahagian lagi bermati-matian mempertahankan barisan baharu Malaysia. Tapi kata mengata dan keji mengeji ini memang merimaskan pengguna lain. YA, memang itu hak anda untuk berkongsi atau meluahkan perasaan. Namun perlu diingat bahawa selagi mana pakaian ISLAM ini kamu pakai, maka nilainya juga perlu kamu tonjolkan. Bukan sekadar menjadikan ISLAM itu sebagai pakaian semata-mata bukan pada AKHLAKnya.

Mari berhenti sejenak untuk kata mengata..sindir menyindir yang TIDAK memberikan sebarang faedah. Jom bergerak kehadapan dengan barisan masing-masing. Alangkah bagus jika mereka dikalangan ahli PAS untuk menonjolkan setiap janji manifesto yang dilaksanakan selepas berjaya mengekalkan kelantan dan menawan Terengganu. Yang PH pula bersiap sedia untuk membantu kerejaan baharu dalam melunaskan manifesto mereka.

Yang KALAH terimalah dan yang MENANG berkerjalah.

Semoga kita dirahmati ALLAH. Jangan putus silaturrahim.

Post a Comment

Previous Post Next Post