Lama tidak mencoret di Pentas Alam ini.
Mari saya mulakan dengan coretan percutian keluarga pada 23-24 julai 2017 yang bukan sahaja seronok bahkan cukup menjimatkan. Kalau anda mencari-cari pakej 2H1M di Pulau Kapas, rata-rata harganya dalam RM2XX seorang.
Kami sekeluarga pada mulanya bercadang untuk menginap 2H1M di Pulau Kapas. Tapi memandangkan rombongan kami besar, seramai 7 dewasa dan 3 kanak-kanak, maka belanjanya juga akan bertambah.
Disamping beberapa review daripada blogger lain yang banyak complain tentang harga makanan yang mahal berkali ganda. Sebagai contoh, yang saya sendiri lihat, Harga sebotol COCA COLA dalam RM4. 2 Kali ganda.
Selepas difikirkan berkali-kali, maka kami membuat keputusan percutian kami perlukan modifikasi daripada 2H1M di Pulau Kapas ditukar kepada 2H1M di Terengganu.
Penginapan kami sekeluarga adalah di Grand Puteri Hotel, KT untuk hari pertama dan seterusnya di Pulau Kapas.
DAY 1 (SABTU)
5.00 Pagi- Bertolak dari Kajang ke KT
12.00 Tengahari- Singgah di rumah saudara
3 petang- Check in di Grand Puteri Hotel, KT
Malam- Lepak-lepak di sekitar KT
DAY 2 (AHAD)
9.00 pagi- Bertolak dari Jeti Pulau Kapas, Marang
9.15 pagi- Bot sampai ke Pulau Kapas
11 pagi- Snorkelling di sekitar Pulau Kapas
1 tengahari- Berkelah di pantai berhadapan Kapas Coral Beach Resort
3.30 petang- Pulang
KOS TERLIBAT:
Hotel: Grand Puteri Hotel , beli online lebih JIMAT dengan menggunakan BOOKING.COM .
Kos hotel : RM145 sehari
Daytrip Pulau Kapas: RM59 (Bot pergi balik- Snorkelling) Kanak-kanak 4tahun ke atas (RM35)
Pakej Daytrip ini antara termurah yang saya jumpa setelah survey di internet dan FB serta bertanya saudara mara. Saya suggest SAKINA- 017-981 1279. Boleh Whatssapp.
Jadual perjalanan MGH BOAT:
Marang – Pulau Kapas : 9 pg, 11 pagi, 1 petang, 3 petang dan 5 petang
Pulau Kapas- Marang : 9.30 pagi, 1,30 petang, 3.30 petang dan 5.30 petang
Walaupun 3H2M berlalu cukup pantas, namun setiap moment ketika di Pulau Kapas cukup menarik untuk diingati. Siapa kata berlu bajet besar bila ingin menikmati percutian hebat.
Sekian.
Post a Comment