WELCOME TO ROYAL BELUM |
Kalau trip keluarga, paling kurang dalam RM 300 seorang untuk sehari. Memang mahal. Kalau dapat peluang ke sana, cepat2 rebut. Saya jamin puas hati.
Bagi yang sukakan alam semulajadi yang jauh dari kota... ini salah satu tempat terbaik untuk melapangkan pemikiran anda.
Mari saya kongsi trip kami 3H2M di Royal Belum. Saya menyertai satu kursus di Royal Belum yang diberi nama K-WOW 1.0. Kursus ini menekankan elemen Kerjasama-Kepimpinan.
HARI 1
Perjalanan dari Putrajaya- jam 11.15 malam dan tiba di Pekan Gerik sekitar jam 5 pagi. (Solat subuh di Masjid Jamek Pekan Gerik)- Sarapan sebelah masjid sahaja. Murah dan sedap.
Tiba di Jeti Pulau Banding |
Houseboat kami |
Sekitar jam 8.30 pagi kami tiba di Jeti Pulau Banding. Terus masukkan barang masing2 ke atas houseboat.
Bermulalah perjalanan ke Hutan Diraja!
Taklimat keselamatan dan sejarah Royal Belum oleh En Mohd.. otai |
Aktiviti kami selepas 1 jam belayar ialah ke Perkampungan Orang Asli (Kg. Serai Wangi). Didiami oleh lebih kurang 15 keluarga sahaja. Pantang larang orang asli ialah JANGAN MELUDAH merata-rata.
Nampak tak kat mana kg orang asli? |
Menghampiri Kg. Serai Wangi |
Ahli rombongan mak kiah tak sabar nak turun |
Ramah mesra |
Ada gaya tok batin nih..haha |
Selesai CSR di sana kami terus mengharung laluan sungai ke Sungai Tiang. Perjalanan lebih kurang 1.5 jam ke dalam Royal Belum.
Selepas makan tengahari, kami bertolak dengan bot laju ke Air Terjun Kooi. Best woooo. Air terjun yang cukup sejuk dan nyaman dalam hutan dara. Torbaik.
Sejuk dan nyaman |
Perlu pendakian 15 minit dari tempat bot berhenti |
Selesai sahaja Air Terjun Kooi, ada masa sedikit berbaki sebelah petang..apa lagi..water confident lah jawapannnya. Air tasik memang dalam. Tapi pakai life jacket, baru boleh test airnya..
Malam kami isi dengan modul kerjasama dan santai sambil beramah mesra dengan ahli kumpulan masing2.
HARI 2:
Awal pagi selepas sarapan, bertolak pula ke Kelah Santuary sambil2 mencari bunga Rafflesia.
Sebelah petang adalah sesi membuat rakit. Macam2 jenis rakit boleh tengok. tapi bila naik, dah macam kapal selam la pula..haha
Malam berlabuh dengan kepenatan. Tapi ENJOY!
HARI 3:
Bertolak pulang seawal pagi. Sampai di jeti sekitar jam 12 tenghari. Sambil menikmati gulai ikan sungai..sambil itu juga kami melepaskan segala stress kerja. Walaupun K-WOW 1.0 ini berakhir dengan penuh gembira tapi sebenarnya matlamat sebenar team building telah dicapai. Semoga ketemu lagi untuk K-WOW 2.0!
Post a Comment