PTD Assessment Centre (PAC)


Salam semua,

Tahniah diucapkan kepada bakal PTD yang telah lulus peperiksaan online. Bukan senang untuk mencapai ke peringkat seterusnya. Mana taknya, jumlah yang mengambil ujian online sahaja mencecah PULUHAN RIBU!!

So kira pencapaian bagus juga la tu kan. Selepas peperiksaan online, peringkat seterusnya adalah PTD Assessment Centre (PAC). Lulus PAC baharulah akan masuk ke peringkat akhir iaitu temuduga. PAC ini bergantung kepada Urus setia dan pengurusan tertinggi. Ada yang dilaksanakan selama 3H2M dan ada juga pendekatan disingkirkan terus seawal hari 1 lagi. Bergantung kepada keputusan hasil perbincangan pihak tertinggi.

Jom kita lihat sedikit info berkaitan PAC




PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.
Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:


Selain penilaian yang diatas, terdapat juga aktiviti fizikal seperti larian 2.4km dan beberapa aktiviti fizikal lain. Penilaian PTD ini bukan sahaja melibatkan intelektual malah keadaan fizikal juga. Oleh itu, seimbangkan BMI anda segera!! Itu juga diambil kira. Kerana PTD ini wakil kerajaan yang akan bawa imej kerajaan Malaysia.

Dibawah adalah carta alir bagi yang nak tahu berkaitan proses dalam Pengambilan PTD.


Dengan perkongsian ini diharap bakal PTD mendapat manafaatnya.


Sekian.

Sumber:

Post a Comment

Previous Post Next Post