Salam semua,
UPSR baru sahaja diumumkan. Pelbagai reaksi kita lihat samada ibubapanya mahupun anak-anak. Manakan tidak, pengurangan mereka yang mendapat A sangat ketara. Hanya 1.11 peratus berbanding jumlah pelajar yang mengambil UPSR iaitu 440,782 orang.
Bayangkan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang pelajar ini ikuti sejak dari Darjah 1 lagi iaitu tahun 2011 telah menyebabkan ramai orang terpinga-pinga dan terkejut.
HANYA MAHU LIHAT A?
Satu mentaliti yang ibu bapa perlu ubah, nak melihat anaknya banyak A berbanding kualiti pembelajaran. Ini kerana, nanti akan dibandingkan dengan anak orang lain pula kalau A nya tak banyak.
Ibu bapa paling banyak marah. Tapi ibu bapa perlu melihat sistem KSSR yang ternyata lebih cerdas dari segi pembikinannya. Kalau dulu, ramai sangat dapat A, menggambarkan bahawa sebenarnya `ramai yang pandai` kah? atau sebenarnya `ramai yang dah expect` apa yang akan keluar exam?
Realitinya, pembelajaran KSSR ini sangat bagus dan praktikal untuk zaman kini yang memerlukan seorang pemimpin yang bukan hanya jadi tukang hafal sahaja. Malah lebih dari itu. Pembelajaran aras tinggi bukan sahaja membentuk masyarakat lebih kritikal malah berinovatif.
SOALAN BERKAITAN KSSR
Soalan dan jawapan dibawah mungkin boleh membantu ibu bapa memahami apakah KSSR. Bila dah faham barulah kita terfikir soal masa depan...
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kot ada yang tanya pula nanti tentang PBS, saya kemukakan soalan lazim yang mungkin membantu anda mengetahui tentang PBS.
Hakikatnya, UPSR bukanlah segala-galanya. Saya sendiri tidak mendapat 5A (zaman saya) tapi alhamdulillah, saya rasa diri ini juga cemerlang bila PMR dan SPM. Berjaya seseorang itu adalah bagaimana pembawaan dirinya dan pendidikan yang telah diterapkan di rumah.
Kalau banyak A sekalipun, melawan ibu bapa...tidak menghormati orang lain..RASUAH...itu bukan lah cemerlang yang sebenar.
Semoga input yang diberikan dimanafaatkan sebaiknya.
Sekian.
UPSR baru sahaja diumumkan. Pelbagai reaksi kita lihat samada ibubapanya mahupun anak-anak. Manakan tidak, pengurangan mereka yang mendapat A sangat ketara. Hanya 1.11 peratus berbanding jumlah pelajar yang mengambil UPSR iaitu 440,782 orang.
Bayangkan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang pelajar ini ikuti sejak dari Darjah 1 lagi iaitu tahun 2011 telah menyebabkan ramai orang terpinga-pinga dan terkejut.
HANYA MAHU LIHAT A?
Satu mentaliti yang ibu bapa perlu ubah, nak melihat anaknya banyak A berbanding kualiti pembelajaran. Ini kerana, nanti akan dibandingkan dengan anak orang lain pula kalau A nya tak banyak.
Ibu bapa paling banyak marah. Tapi ibu bapa perlu melihat sistem KSSR yang ternyata lebih cerdas dari segi pembikinannya. Kalau dulu, ramai sangat dapat A, menggambarkan bahawa sebenarnya `ramai yang pandai` kah? atau sebenarnya `ramai yang dah expect` apa yang akan keluar exam?
Realitinya, pembelajaran KSSR ini sangat bagus dan praktikal untuk zaman kini yang memerlukan seorang pemimpin yang bukan hanya jadi tukang hafal sahaja. Malah lebih dari itu. Pembelajaran aras tinggi bukan sahaja membentuk masyarakat lebih kritikal malah berinovatif.
SOALAN BERKAITAN KSSR
Soalan dan jawapan dibawah mungkin boleh membantu ibu bapa memahami apakah KSSR. Bila dah faham barulah kita terfikir soal masa depan...
1. KSSR? Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.2. Apakah maksud Kurikulum Standard? Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.3. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? Jawapan :
KSSR KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran Reka bentuk kurikulum:
• Modular Reka bentuk kurikulum:
• Linear Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)4. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.5. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).6. Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.7. Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? Jawapan :Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.8. Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.9. Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? Jawapan :Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.12. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P? Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.14. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? Jawapan :Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan? Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi? Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid19. Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa? Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? Jawapan :Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.sumber
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kot ada yang tanya pula nanti tentang PBS, saya kemukakan soalan lazim yang mungkin membantu anda mengetahui tentang PBS.
Sumbernya daripada moe juga yer: http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=147&cat=31&keyword=&page=1&subcat=&
Hakikatnya, UPSR bukanlah segala-galanya. Saya sendiri tidak mendapat 5A (zaman saya) tapi alhamdulillah, saya rasa diri ini juga cemerlang bila PMR dan SPM. Berjaya seseorang itu adalah bagaimana pembawaan dirinya dan pendidikan yang telah diterapkan di rumah.
Kalau banyak A sekalipun, melawan ibu bapa...tidak menghormati orang lain..RASUAH...itu bukan lah cemerlang yang sebenar.
Semoga input yang diberikan dimanafaatkan sebaiknya.
Sekian.
Post a Comment