Nak kata saya pakar…tidaklah. Tapi pengalaman beli kereta secondhand SAGA FLX ada lah. Kalau cerita tentang kereta secara details, saya tidaklah mahir. Tapi dalam blog ini saya ada la cerita berkaitan kereta seperti Cinta Adam dan Aida serta Tips beli kereta dan Kereta secondhand atau kereta baru?
Berbalik kepada cerita kereta secondhand ini, ada beberapa tips yang anda kena cuba dulu sebelum betul-betul membeli kereta secondhand. Pada saya kereta secondhand kalau dapat cari yang BAGUS me mang berbaloi untuk wang kita.
TIPS 1: Bajet
Anda selaku yang ingin beli kereta secondhand, tetapkan dahulu bajet anda. Berapa yang anda boleh bayar secara bulanan. Saya membeli SAGA FLX dengan harga RM25K. Itu bajet saya setahun yang lepas. Bajet adalah berdasarkan kemampuan kewangan anda yer. Kalau terlalu tinggi nanti anda akan terbeban nak bayar balik.
TIPS 2: Survey ONLINE atau majalah kereta terlebih dahulu
Tips paling jimat, anda survey secara online terlebih dahulu. JANGAN TERUS KE KEDAI. Nanti anda mungkin `dipukau` oleh juru jual. Buat sedikit penyelidikan secara maya terlebih dahulu bagi mengetahui jenis kenderaan dalam BAJET anda tadi. Kalau TERUS KE KEDAI, mungkin anda BURST BAJET sebab dipujuk oleh pekedai. Asalnya BAJET RM25K sahaja, alih-alih RM40k plak yang anda beli.
TIPS 3: BUAT kiraan bayaran balik
Kiraan penting sebab itu yang anda akan bayar nanti. Boleh cuba guna ONLINE CALCULATOR. Boleh try pautan ini. Pada pandangan saya, kereta nasional seperti proton akan dikenakan interest yang sedikit mahal berbanding kereta import atau non-local car seperti HONDA atau TOYOTA. Mungkin sebab nilai jual balik kereta non-local ini tinggi berbanding kereta tempatan. Biasanya sekitar 4% interest atau lebih.Boleh rujuk bank.
TIPS 4: SEMAK UMUR KENDERAAN DAN milage
Apabila anda dah tetapkan jenis kenderaan idaman, pastikan lihat umur kenderaan tersebut. Buat sedikit kira-kira. Biasanya, kereta secondhand akan jatuh sekitar 10-15% dari nilai asal setiap tahun tengok juga kepada jenis kenderaan. Tapi tidaklah jatuh banyak sehingga 50% bila usianya 3 tahun. Saya syorkan ambil yang USIANYA MAKSIMUM 5 TAHUN. Biasanya, kereta ini mula meragam bila dah berusia 6 tahun keatas.
Milage juga penting. Bila milage terlalu tinggi, maksudnya penggunaan kereta itu memang heavy. Kalau saya, saya akan memilih kereta yang milagenya sekitar 50-80 000 km. Lagi rendah lagi elok. Milage tinggi mungkin aka nada part yang akan cepat rosak.
TIPS 5: Cari pemilik asal
Untungnya kalau cari secara online ialah anda boleh cari terus dengan owner kereta. Anda boleh tanya details tentang kenderaan. Tapi kena pandai tanya, kadang-kadang owner ni tak nak layan kalai kita banyak bertanya tapi tak nak beli. Gunakan bahasa yang elok yer. Sejarah kereta bole dikorek termasuklah adakah kereta itu pernah accident atau tidak.
Kalau dengan owner memang sedikit mahal sebab owner ada sentimental value tentang kereta dan owner akan merasakan keretanya mahal. Kalau pandai nego memang boleh dapat murah.
TIPS 6: Periksa luaran dan dalaman kereta
Jika anda sudah membuat keputusan untuk ke kedai kereta, elok anda tidak keseorangan. Bawa teman untuk bagi pendapat tentang kereta. Lihat keadaan luaran. JANGAN PERCAYA BULAT-BULAT KEPADA PENIAGA. Saya SILAP DULU! Peniaga mengatakan bahawa kereta yang saya beli TIDAK PERNAH ACCIDENT sehinggalah saya bawa ke kedai PROTON, pekerja kedai tunjukkan kesan accident pada bahagian enjin yang sememangnya saya tak Nampak.
Pastikan kereta dalam keadaan elok. Lihat bahagian enjinnya, ada kesan kimpalan hasil accident atau tidak. Lihat cat kereta. Lihat dalaman juga. Buka bonet belakang.
TIPS 7: Periksa semua kelengkapan kereta
Bila anda berkenan pada satu-satu kereta, jangan lupa untuk check semua kelengkapan kereta seperti:
1. Lampu tinggi, rendah,singnal,kabus,lampu amaran
2. Penyaman udara
3. Hon
4. Hendal pintu, suis tingkap
5. Radio, pemain cakera padat
6. Tuil tangki minyak, bonet,but
7. Pelaras kerusi dan tali keledar
8. Tayar simpanan dan kotak alatan
TIPS 8: Pandu uji
Bawa untuk test drive kereta yang anda berkenan. Cuba teka brek perlahan-lahan dan kecemasan. Cuba selekoh dan bonggol. Bawa seperti anda bawa kereta sendiri.
TIPS 9: BAGAIMANA NAK DAPAT DISKAUN DENGAN KEDAI?
Ada banyak cara nak dapat diskaun dari kedai. Yang saya pernah buat adalah, anda JANGAN TUNJUKKAN MINAT MELAMPAU TERHADAP KERETA ITU? Buat-buat ragu nak beli kereta. Peniaga pasti akan bagi tawaran macam supaya anda beli juga kereta itu. Alhamdulillah, saya dapat free sport rim dan service percuma. Kalau pandai lagi boeh dapat diskaun sampai RM3-5k. Banyak tu kan.
Itu sahaja 9 TIPS berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Semoga bermanafaat untuk anda.
Sekian.
Post a Comment