Pelik bin ajaib kadang-kadang dengan dunia ini.
Namanya dunia kan. Benda ajaib ni boleh berlaku dimana sahaja.. Tapi kali ini bukan.cerita tentang barang ajaib pun.
Ini kisah tentang bos cina. Kalau berlainan bangsa, selalunya orang akan tekankan pasal rasis. Kalau cina, ke kedai cina dapat diskaun. Kalau melayu ke sana, harga boleh naik tanpa diduga. Betulkah?
Tidaklah betul 100% pun. Bak kata orang, kalau pi kelantan, kena bawa orang kelantan sekali masa beli belah. Dapat harga murah? Betulkah? Tak semestinya betul tapi biasa terjadi.
Ini kisah bos cina saya, penganut agama Buddha yang taat. Kelulusan hanyakah SPM, tapi jawatan manager sebuah syarikat antarabangsa.
Apa yang pelik? Peliknya ialah dikala ramai orang melayu ISLAM melupaka agama anutan sendiri, bos cina ini menjadi reminder waktu solat saya.
Ingatannya tentang waktu zohor, bertanyakan.. U dah solat ke? Itu pun sudah meruntun kalbu dikala saya dulu pernah ber 'bos' kan melayu Islam yang bila keluar solat Jumaat pun tidak.
Langsung tidak malu. Walaupun dia bukan Islam, tapi saya doakan beliau akan diberikan hidayah.
Buat yang Muslim, tidak salah untuk saling memperingatkan. Tidak salah untuk bertanya dah solat kah? Itu juga sebahagian dari dakwah. Mengajak kepada kepada kebaikan
Post a Comment