Salam Bahagia semua,
Pernah alami tak kereta anda ada lipas. Mesti pernah alaminya bagi yang suka makan dalam kereta. Kalau banyak memang serabut tengok.Biasanya lipas ni suka keluar waktu malam atau suasana gelap. Sebab tulah waktu siang kalau tengah memandu , binatang ni jarang sangat keluar. sebab tak tahan sangat, saya cuba pelbagai cara.
Dari ubat gegat sampai wangian halau lipas dah cuba, tak juga berkesan. Minggu lepas, dah terlalu rimas sangat, saya beli jer serbuk/ubat lipas berharga 50 sen. Murah tapi sangat berkesan. Dalam tempoh 3 hari banyak yang dah mati.
Nak tahu ubat/racun apa dan dimana nak dapatkan. Jom skrol ke bawah.
Serbuk hapuskan Lipas ni saya beli di Kedai DIY jer. Ya...kedai DIY.
Harganya sangat murah: 50 sen satu.-Saya guna hanya 1 paket jer.
Cara penggunaan:
1. Taburkan saje dalam kereta seperti, dalam bonet, atas alas kaki.
2. Saya tak galakkan tabur atas tempat duduk sebb takut nanti anda terlupa cuci. Bahaya ok.
3. Lepas 2-3 hari dah nampak banyak yang mati. Lipas akan tertarik dengan bau die dan makan.
4. Lepas 3 hari baru p kedai cuci kereta. Elakkan dari bawa baby atau anak kecil sepanjang tempoh tu.
Sebab takut terkena pada pakaian atau makanan. So buat weekend lagi cun.
CADANGAN: Taburkan malam Sabtu, pagi ahad hantar kedai vacuum kereta. Simple dan MODALNYA: 50 SENNNNNN..MURAHHH
Dibawah saya share gambar bukti. Tapi ingat jauhkan dari kanak2..OK.
Ubat dari China- RM0.50 |
Berbuah hasil akhirnya. |
Selamat mencuba.
Post a Comment