9 Beza Orang SIBUK dan Orang PRODUKTIF

Assalamualaikum.

Kali ini mari kita bicarakan perbezaan antara sibuk dan produktif. Kita sering mendengar orang mengeluh mengatakan dia sentiasa sibuk. Tapi, adakah sibuk itu menjadikan kita seorang yang produktif. Mari lihat 9 perbezaan antara orang yang SIBUK dan orang yang PRODUKTIF.

1. Orang SIBUK menceritakan betapa sibuknya dia manakala mereka yang PRODUKTIF membiarkan tindakan dan hasil kerjanya bercakap bagi pihaknya.

2. Orang SIBUK sering bercakap soal PERUBAHAN namun mereka yang PRODUKTIF adalah yang menggerakkan perubahan.

3. Orang SIBUK mahukan semua orang juga sibuk. Tiada yang senang lenang. Tapi yang PRODUKTIF mahukan orang lain produktif dan efektif dalam apa sahaja pekerjaan mereka.

4. Orang SIBUK sentiasa tiada masa dan sering memberi alasan. Orang PRODUKTIF mengutamakan masa mereka kepada perkara penting sahaja dan tidak memberi alasan.

5. Orang SIBUK mahu dilihat mempunyai tugasan dalam kendaliannya manakala orang PRODUKTIF sentiasa mempunyai tugasan yang akan diselesaikan.

6. Orang SIBUK akan berkata `YA` untuk semua tugasan dan membalas mesej secepat mungkin. Orang PRODUKTIF berfikir dahulu sebelum berkata `YA` dan tidak akan terlalu pantas membalas mesej untuk sebarang tugasan kerana mereka mempunyai keutamaan yang lebih dalam tugasannya.


7. Orang SIBUK fokus terhadap tindakan bagi setiap tugasannya. Orang PRODUKTIF fokus terhadap kejelasan terhadap tugasan dan tindakan dahulu bagi mengelakkan kekeliruan yang bakal timbul jika tugasan dibuat secara terburu-buru.

8. Orang SIBUK ada banyak pilihan yang terbuka manakala orang PRODUKTIF hanya punyai satu pilihan sahaja.

9. Orang SIBUK fokus terhadap TINDAKAN manakala mereka yang PRODUKTIF fokus terhadap HASILnya.

Jika direnungkan kembali, banyak juga perbezaan antara Orang SIBUK dan Orang PRODUKTIF. Jika dulu kita rasa kita sibuk, MAKA kita adalah seorang yang PRODUKTIF tapi rasanya persepsi ini wajar kita ubah. Mari kita lihat hasilnya bukan tindakannya sahaja. 

Belum tentu seorang yang SIBUK itu PRODUKTIF tapi seorang yang PRODUKTIF juga tidak semestinya seorang yang SIBUK.
Bagaimana ANDA? SIBUK atau PRODUKTIF?
#JOMPRODUKTIF

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post