ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA

Pintu masuk ke Astaka Morocco

Assalamualaikum. Cuti sekolah baru berlalu. Banyak aktiviti dapat kita sudahkan bersama keluarga bukan? 

Ada yang bawa anak berjalan...ada yang tolong ibu memasak..ada yang ke kebun. Kesempatan cuti ni kalau tak keluar
memang tak sah.

Saya nak kongsi dengan semua tentang satu tempat yang jarang orang pi (pandangan saya la) tapi menarik.Mana lagi kalau bukan sekitar Putrajaya. Kawasan yang saya maksudkan ialah di ASTAKA MOROCO ,Presint 1,PUTRAJAYA. Terletak dalam Taman Botani.

Lanskap sebaik masuk ke Astaka
Namanya saje dah gah. Bukan setakat binaannya sahaja menarik, tapi juga ukiran dan lanskap juga cantik. Konon macam berada di Moroco katakan. Nak masuk percuma, tapi dalam ASTAKA MOROCO ni ada ruang pameran ukiran bilik-bilik yang menggambarkan kesenian penduduk bandar2 tertentu di Moroco. Memang cantik dan bila masuk ke setiap bilik rasa macam kat luar negara gitu.

Terasa indah menikmati nilai estetika taman ini
Harga masuk sangat lah murah. Hanya RM3 seorang dewasa. Boleh beli kat pintu masuk. Kalau nak jalan2 kat sekitar Astaka Moroco free sahaja.
Ruang pameran. Beli tiket di pintu masuk Taman

Apa tunggu lagi, bosan2 jom pi sana lepak2 sambil tengok seni.

Lokasi: TAMAN BOTANI.



Bahagian dalaman. Ukiran menakjubkan





Post a Comment

Previous Post Next Post