Dengan Nama Allah, kekasih hatiku.. aku menulis…
Wah, bertuahnya anak si Bedah! Kenapa? seorang jurutera…seorang lagi pensyarah universiti terkenal.. berjaya semua mereka... Biasa kita dengar dialog seperti ini kan? Sesekali kita jua perlu merenung kembali apa yang dimaksudkan dengan berjaya. Jika kita menanam rumput, susah tentu rumput jualah yang akan tumbuh. Jika kita menanam padi, padi tumbuh dan rumput jua pasti jua ada… Analogi ini dapat difahami dengan mengibaratkan rumput itu perihal duniawi, dan padi pula diumpamakan seperti hal-hal ukhrawi. Apabila petani menanam padi, rumpunan rumput tetap ada di petak sawahnya, bukan? Begitu jualah manusia yang mengejar kejayaan dunia, pasti dia dapat kejayaan dunia, jika dia berpandangan jauh….mengejar kejayaan akhirat, pasti kejayaan di dunia jua turut dirasai.
Kembali kepada manual kehidupan kita, Al-Quran al-Karim. Apakah ciri-ciri orang yang berjaya yang dinyatakan dalam kitab suci ni? Surah al-Mukminun ada menjelaskan indicator seseorang yang berjaya iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya… Adakah nikmat besar ini telah kita kecapi? jika ya, bersyukurlah pada Ilahi kerana terpilih untuk menjadi calon mereka yang berjaya sisi Nya.
Solat adalah tiang agama yang menjadi tonggak kepada keimanan kita yang mengakui bahawa DIA yang wajib disembah. Memperkecilkan semua perkara yang lain untuk membesarkan DIA semasa kita mendengar seruan azan amat-amat membuktikan kita benar-benar membesarkan DIA. Mengapa? kerana sebagai manusia biasa kita sering disibukkan dengan urusan dunia yang tak pernah ada penghujungnya, urusan si anak-anak, urusan mengumpul asset berharga, urusan jual-beli dan lain-lain. Terlalu sedikit di kalangan kita yang terus berhenti urusan dunia untuk menunaikan solat. Tahniah bagi mereka yang berjaya dan teruskan istiqamah melaksanakan solat pada awal waktu kerana ini juga salah satu cara untuk mendapat kekhusyukan solat. Seterusnya buat kita yang masih tidak berjaya melunaskan tanggungjawab ini pada awal waktu, berhentilah menjadi hamba yang penat mengejar urusan dunia (URDU).Sekian.
Post a Comment