Salam bahagia,
Everyone can fly. Moto penerbangan Air asia malaysia ini. Kalau diikutkan dengan tagline ini memang ada betulnya. Kalau dahulu, memang sukar untuk sesiapa saja mengecap menaiki kapal terbang. Kalau naik pun mesti nak ke Mekkah. Itu dulu, tapi kini tidak lagi. Sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan pandai mencari peluang mendapatkan tiket yang murah.
Pengalaman yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan perkhidmatan Air asia yang walaupun murah, kalau silap langkah boleh jadi sangat mahal berbanding penerbangan lain.
Beberapa tips yang kebiasaannya perlu di semak sebelum pergi ke lapangan terbang :
1. Pastikan semua ejaan adalah betul dan tiada kesilapan. Jika tidak anda akan dikenakan bayaran untuk menukarnya nanti.
2. Bayaran untuk call centrenya pula adalah mahal iaitu sekitar RM 1.95 sen per minit. Seminit pertama dah sure `burn` sebab banyak sangat cakapnya..he
3. Bagasi mestilah tidak lebih dari 7kg. Nak jimat, bawalah beg belakang dan beg pakaian.
4. Visa atau passport untuk penerbangan luar negara. Dalam negara cukup I/C sahaja.
5. Salinan tiket (print) atau web check in slip.
Pengalaman menukar tiket dikaunter sebanyak 2 kali sudah cukup memeritkan. Kali pertama terlepas penerbangan dengan hanya lewat 10 minit. Nak tak nak kena ambil tiket waktu lain dengan bayaran lagi mahal dan berganda.
Pengalaman yang kedua hampir sama, tapi kali ini ingin menukar tiket penerbangan ke tarikh lain. Oleh itu, sebelum saya ke kaunter, sempat juga semak di web yang harga tiket sekitar RM 249. Harga lama pada tiket sebelum ini sebanyak RM 1++. Menurut kakitangan Air asia, jika saya ingin mengubah tarikh, boleh tetapi penalti akan dikenakan sebanyak RM100 tak termasuk harga baru.
Total yang perlu dibayar untuk menukar tiket adalah sekitar RM 290. Lebih mahal dari beli tiket baru! Akhir saya semak sekali lagi di internet, rupa-rupanya Tiger airways kepunyaan Singapura menawarkan tiket lebih murah sekitar RM 1++.
Pesanan saya, jika anda berada di situasi seumpama saya, pastikan anda menyemak dahulu harga tiket penerbangan lain. Cuma malangnya , Tiger airways hanya membenarkan pembelian menggunakan kad kredit. Anda boleh semak garuda airlines ataupun Lion Air jika mahu ke Indonesia. Kadang-kadang, mereka lagi murah.
Sekian.

Cth: Tiket ke Jakarta: Semasa mula-mula beli RM 200 Terlewat penerbangan, maka kenalah beli tiket baru. Harga tiket baru ditolak harga tiket lama dan ditambah penalti RM100. Boleh capai RM400.

Post a Comment