Menyiapkan Pasport Malaysia Ke Luar Negara

Salam semua,
Pasport Malaysia baru disebelah kiri manakala yang lama di sebelah kanan(dipotong bucunya).

Alhamdulillah, minggu lepas , saya akhirnya berjaya juga menyiapkan pasport sendiri dan isteri. Proses yang singkat membuat pasport pasti meniggalkan kesan yang mendalam pada semua orang terutamanya pembayar cukai iaitu rakyat Malaysia.

Kecepatan memang suatu yang diharapkan oleh setiap pelanggan kepada kerajaan. Kalau dulu, perkhidmatan kerajaan mungkin boeh kita sifatkan lembap, tapi kini ianya sedikit berubah. Kalau dulu pasport Malaysia hendak disiapkan mengambil masa barangkali seminggu bahkan lebih tapi kini hanya mengambil masa paling lama sejam (khususnya di bandar-bandar besar ).

Pengalaman membuat passport di Pejabat Imigresen Kajang membuktikan bahawa perkhidmatan kerajaan kini sudah bertambah baik namun masih ada ruang untuk diperbaiki. Nasihat saya, sebelum ke pejabat imigresen, pastikan anda menelefon mereka terlebih dahulu sebelum pergi. Berikut beberapa tips dan perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda sekalian hasil perbualan saya dengan pegawai imigresen Kajang dan juga pengalaman ketika hari membuat passport.



  • -Kaunter Imigresen biasanya dibuka sepanjang hari berkerja termasuk Sabtu dan ahad tapi untuk sabtu dan ahad sehingga tengahari sahaja sekitar jam 1 tengah hari. 



  • - Kehadiran ketika hujung minggu sangat ramai dan jumlah pelanggan pula dihadkan, oleh itu jika anda tiada pilihan , datang seawal jam 7.30 pagi lagi untuk memastikan anda mendapat nombor.



  • - Saya cadangkan datang ketika hari berkerja, jumlah kurang, masa mungkin singkat.



  • - Biasanya 1 jam masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu-satu passport bergantung kepada kecekapan dan jumlah pelanggan juga.



  • -Bawa 2 keping gambar berukuran passport dan salinan I/C serta I/C sebenar untuk tujuan melengkapkan borong permohonan.



  • -Kebiasaanya kaunter mengambil gambar disediakan di pejabat imigresen dan di kedai-kedai sekitar. Bayaran yang dikenakan kepada saya adalah RM10 untuk 4 keping tanpa softcopy. Photostat I/C pula depan belakang sebanyak 40 sen sekeping. Nak jimat baik anda sediakan sebelum tiba di pejabat imigresen.



  • - Terdapat 4 kaunter terlibat:


    1. Kaunter nombor: pastikan anda isi dan lengkapkan semua prasyarat diatas barulah anda akan dibenarkan mengambil nombor.

    2. Kaunter Pendaftaran. Anda diminta untuk memberi cap jari kepada pegawai bertugas. Mereka akan bertanya tentang tempoh jangka hayat passport anda. Untuk passport tempoh sah sehingga dua tahun bayaran dikenakan adalah RM100 manakala untuk 5 tahun : RM300.

   3. Kaunter pembayaran: Anda sekali lagi perlu menuggu sehingga nombor anda dipanggil dan melakukan pembayaran dikaunter mengikut tempoh sah passport yang anda kehendaki.

   4. Kaunter pengambilan: Kaunter terakhir meminta anda menandatangani di buku passport dan buku anda SIAP!


  • -Sebenarnya tempoh sah laku untuk keluar negara bagi setiap passport 2 tahun mahupun 5 tahun adalah setahun setengah sahaja dan empat tahun setengah. Jika anda baca terma-terma di belakang pasport ada menyatakan bahawa perjalanan ke luar negara mestilah tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh tamat passport.

  • -Passport hanya sah di semua negara kecuali ISRAEL!

  • -Pengalaman ayah mertua, gambar passport tidak dibenarkan bertutup kepala. Maksudnya gambar mestilah tidak memakai kopiah. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun ayah mertua saya terpaksa menanggalkan kopiah untuk tujuan mengambil gambar. Adakah peraturan ini untuk songkok tidak dapat dipastikan.(Kena tanya sendiri pegawai bertugas).

Itulah sedikit info yang boleh dikongsikan untuk anda semua yang berminat atau sedang mencari tips dan kaedah untuk membuat passport.

Dibawah saya sertakan alamat Pejabat imigresen Kajang.

Pejabat Imigresen Kajang
Address:Lot 3-60 Tingkat 3
Kompleks Perhentian Kajang
Jalan Reko
43000 Kajang
Selangor
Telephone:03-8734 4344
Fax:03-8734 5345
Office Hours:Monday - Friday 7.30 a.m - 1.00 p.m and 2.00 p.m - 5.30 p.m
Saturday - Sunday 8.00 a.m - 1.00 p.m (Passport Processing Only)
Remark:Passport can be ready in 1 hour after payment.


Saya sertakan juga soalan-soalan tentang proses yang diperlukan untuk membuat passport yang saya peroleh di web ini.


Q: How long does a passport application process?
A: The passport can be issued within 2 hours for passport issuance offices and 3 working days for recipient office.Some immigration offices can issue the passport within 1 hour after received the payment. Please refer to issuance offices in this website for further information.

Q: I'm planning to submit my passport application, when is the peak period to avoid?
A: Most of the Immigration Offices are peak on Monday, Friday,  Saturday (for selected branch only), school holidays, eve and the day after public holiday.

Q: I'm a 60 year old pensioner. Am I eligible for a half priced passport fee?

A: No, it is only applicable to a child aged below 12 years old and students below the aged of 21 years old studying overseas.

Q: I have two (2) children. Can I include their particulars in my passport? 

A: The new Malaysian Passport System does not allow the inclusion of children's particulars in the parents' passport to be made.

Q: I'm now in Amsterdam and wish to apply for a new Malaysia Passport. What do I have to do? Does the Malaysian Embassy here issue a Malaysian Passport (MRP)?

A: You can submit your passport application at the Malaysian Embassy in Amsterdam. However you will be issued with an old version of the Malaysian passport which will be replaced to a new version upon your return to Malaysia. If you wish to have Malaysia Readable Passport (MRP) you can submit the application at the Malaysian High Commission office in London.

Q: I was supposed to depart to Hong Kong on MH107 at 8.30 am but Immigration Officer at KLIA stop me from leaving country. What should I do and why I was stopped?
A: People are stopped from leaving the country for various reasons as follows:
 • Offences under the Immigration Act,
 • Instruction from Insolvency Department, or
 • Instruction from Royal Malaysia Police, 
 • Instruction from Inland Revenue Board,

You can contact Security and Passport Division at Immigration Headquarters, Putrajaya. You are advice to check your traveling status from Immigration Department of Malaysia or SMS us at 019-2772497 for further enquiry before traveling abroad. 

Q: I have lost my passport. What should I do and What are the forms and documents required?
A: You are required to make a Police Report at the nearest Police Station. You can submit your application at the nearest Immigration Office by filling in the passport application form and a Questionnaire Form (IMM.42C). Based on the client charter, the decision and process will take a period of 3 / 4 months. More information on 'Lost of Passport'.

Q: How much is the fee of a passport? What are the documents required to get one and am I eligible for a half priced fee? 

A: The passport fee for adult is RM300.00 and for children aged below 12 years old is RM150.00. Students aged below 21 years old, who is studying overseas need to pay only RM150.00 for a passport. The fee is exempted for the handicap or disable person with a condition, they must produce a letter from the Welfare Department. The documents required to apply for a passport are Identification Card (Original and photocopy), Birth Certificate (original and photocopy) and two recent passport sized photographs.

Selamat membuat passport dan selamat melancong melihat alam ciptaan Allah.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post