Berapa harga masa anda?

Salam semua,

Berapa nilai masa anda dalam RM? Pernah tak kita mengiranya. Jarang yang melakukannya. Kebanyakan kita hanya melihat gaji bulanan yang masuk dan keluar umpama air paip sahaja.

Berbanding sesetengah orang yang melihat setiap masanya dalam bentuk ringgit sedikit sebanyak membuatnya menghargai masa yang ada. Namun jangan berlebihan sangat nanti kita pula hanyut dalam dunia duit. Berbalik kepada topik kita.

Mari kita kira bersama-sama secara mudah. Jika pendapatan tahunan anda sebanyak RM 30 000. Mari kita kira berapa harga masa anda:




Pendapatan Setahun : RM30 000

Harga satu jam Masa anda:  (RM 30 000/ 1000) / 2

                                             RM 30/2 : RM 15 SEJAM

Kalau ikutkan perkiraan mudah ini, jumlah harga masa anda RM 15 sejam.

Diatas adalah perkiraan kasar. Boleh juga jika dikira secara detail. RM 30000 setahun bermaksud  RM2500 sebulan gaji anda. Jika anda bahagikan dengan 4 minggu, kemudian bahagikan pula dengan 5 hari berkerja kemudian bahagikan dengan 8 jam kerja , nilai anda sejam RM 15.63 .

Mahal juga bukan. Sebab itulah jika mereka yang produktif, setiap masa adalah peluang untuk menjana wang. Oleh itu setiap perkara yang remeh , mereka tidak akan lakukan kerana harga masa mereka sangat mahal.

Sebagai contoh, jika kawasan rumah anda penuh lalang. Lalu anda terfikir bahawa ingin memotong sendiri lalang itu dengan menggunakan peralatan sabit atau mungkin menggunakan parang untuk menebasnya. Anda mungkin mengambil masa 2 jam untuk menyiapkannya, walhal jika anda agihkan kepada yang pakar iaitu tukang potong rumput, mereka boleh siapkan dalam tempoh 15 minit dengan harga sekitar RM 10.

Oleh itu, anda sebenarnya rugi RM30 untuk masa 2 jam anda. Jika anda hanya menggaji tukang potong rumput, anda hanya perlu keluarkan RM 10 berbanding RM 30 masa anda. Anda jimat masa dan boleh melakukan aktiviti lain.

Anda bukan pakar dalam semua bidang. Oleh itu agihkan ke tempat yang sepatutnya. Mungkin nilai ini ada manafaatnya. Dan juga ada keburukannya. Keburukannya adalah ia menjadikan panduan hidup anda adalah wang. Hehe. Berhati2 dan beringat lah! Selamat mengira..

Post a Comment

Previous Post Next Post