TERKINI! -Ikuti penyelesaian isu ini di Part 2:Halalkah Blackmores
Terima kasih pada sahabat yang memberikan maklumat terkini berkenaan pembatalan sijil halal yang di keluarkan oleh AFIC yang merupakan badan yang mengeluarkan sijil halal untuk Blackmore. Oleh itu jika ada sesiapa yang sudah bertanyakan perkara ini kepada pihak Blackmore sendiri diharap berkongsi dengan saya yer.
. Dibawah saya sertakan bukti dalam pautan: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara
Maka dengan ini segala artikel terdahulu adalah terbatal dengan sendirinya.
Terima Kasih
Zulkamal
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Salam bahagia,
Semasa menjadi pelajar, kehidupan begitu memenatkan. Banyak kertas kerja perlu disiapkan. Selain subjek pelajaran ketika belajar, penglibatan dalam persatuan semasa belajar juga menuntut sebahagian dari kita berkerja 2 kali ganda berbanding orang lain.
Oleh itu tidak hairan lah, pelbagai pil menjadi rebutan kononnya sebagai jalan singkat untuk bertenaga. Namun ada betulnya juga dan ada salahnya. Namun bukan dalam coretan ini ingin saya bahaskan keburukan dan kebaikan pil, namun ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam pengambilan pil-pil kesihatan jenama Blackmores.
Sebelum saya menggunakan produk ini, pelbagai jawapan saya cari, namun tidak dijumpai. Terutamanya berkaitan dengan sijil halal Blackmores. Adakah sijil halal ini wujud? Kerana tiada pada label di kotak-kotak produk itu. Pelbagai persoalan bermain difikiran ditambah pula pengguna muslim di malaysia cukup ramai menggunakannya.
STATUS HALAL
Lalu saya memulakan langkah pertama untuk menjawab persoalan yang bermain difikiran ini. Saya telah menghantar persoalan kepada Blackmores health advisory Team untuk menjawab kekusutan dalam fikiran ini.
Bertarikh 14/2/12 saya menghantar pertanyaan dan dengan penuh sabar menanti jawapan. Masa yang diberikan 3 hari untuk menjawab persoalan saya.
Alhamdulillah, pertanyaan saya telah dijawab yang sedikit sebanyak melegakan hati ini (Walaupun dengan bahasa inggeris ala tunggang langgang ini)..hehe. Berikut adalah jawapan email kepada saya.
Maka terjawab sudah persoalan tentang sijil halal produk Blackmores. Maka saya tertanya-tanya tentang makanan bentuk tablet seumpama Multi B yang saya beli. Adakah kandungannya juga halal? Lalu saya bertanya lagi...Dibawah adalah jawapannya.
Maka terjawab sudah persoalan ini. Semoga memberi manafaat bersama dan untuk ummah. Bukan tujuan saya disini untuk mempromosikan produk ini, tapi sekadar memenuhi dan mengilap debu-debu kekaburan yang mungkin melanda kita.
p/s: Alangkah malang bagi mereka yang langsung tidak menitik beratkan soal halal dalam pemakanan. Mari kita berubah dari sekarang.
Sabda Nabi SAW bermaksud : “Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ReplyDeleteassalamualaikum..tumpang tanya..klo product lecithin 1200 yg blackmores ni..capsule die / soft gel die from bovine source..halal jgk x?
ReplyDeleteWsalam Ainamira, dibawah adalah antara email pihak blackmores kepada saya. Saudari boeh teliti yer..
ReplyDeleteDear Zulkamal,
Our Blackmores Multi B comes only in a tablet format, therefore it does not contain any bovine gelatine capsule. We normally apply for Halal certificate on products that are sold in capsule format first as most muslim consumers are more worried about the bovine gelatine used. Blackmores do not use animal by-products in our tablet format supplements. However please see attached for Multi B halal certificate as requested.
Have a good weekend.
Regard,
Monitar
thx sgt2 :)
ReplyDeleteAs salam..tumpng tnya, klu blackmores pregnancy formular mcm mna pla, sbb akk check xde dlm senarai yg d attach. Mohon info ya dik. Tq.
ReplyDeleteSalam akak,
ReplyDeleteTahniah kerana sangat prihatin soal halal.
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang blackmores pregnancy formular , akak boleh terus ke website blackmore dan bertanya terus untuk kepastian.
Mencari yang halal itu satu kewajipan
assalamualaikum.
ReplyDeletetahniah,sangat bernua dan sangat berinfo0 semasa.
baru nak try blackmores :)
keep up the good work brother.
Wsalam. Terima kasih halyda atas sokongan.
ReplyDeleteterima kasih.. sy bercadang nak beli multi b ni. tapi tertanya2 status halal nya.. syukur alhamdulillah dah terjawab.. ptg ni boleh ke watson utk membeli...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteInfo. Yg sgt berguna..
Mohon share... terima kasih...
Waalaikumussalam warahmatullah. Silakan share. Di alu-alukan
ReplyDeletenak tanya... mcm produk yg berkapsul.. kapsulnya adalah dr bovine (bovine ialah gelatin dr lembu).. so camna nak jelaskan pasal ni yeee??? sy sendiri menggunakan produk blackmores kerana ia ada halal dr badan halal yg diiktiraf .. yg kapsul tu camna haaa???
ReplyDeleteja'a
terima kasih kerana memberi maklumat yg saya cari. amat menghampakan saya ahli farmasi di kedai tersebut yg seorg muslimah bertudung litup tetapi tidak mengambil kesah tentang produk yg dijual. jawapan 'tidak tahu','tidak pasti' menunjukkan kelemahan ahli farmasi itu sendiri. saya mendoakan semoga beliau diberi hidayah utk lebih alert tentang halal haram..
ReplyDeleteTerima kasih atas komentar. Mungkin ahli farmasi itu terlalu sibuk. Namun begitu soal-halal haram ini perlu di titik beratkan se-teliti yang boleh. Nasihat untuk diri juga.
ReplyDeleteSalam, saya ada maklumat terkini yang menyatakan AFIC sudah dibatalkan pengiktirafannya dari JAKIM berkuatkuasa 15 Julai 2013 . berikut saya attached link dai JAKIM.http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara
ReplyDeleteTerima kasih saudara atas info terkini. Semoga keprihatinan anda mendapat nilai yang tinggi disisi Allah. Amin
ReplyDeletePost a Comment