Membina Generasi Rabbani-Dr Juma`ah Amin

Salam `alaik,

Alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama menghadiri program anjuran IKRAM di UPM. Sememangnya antara aktiviti pengisian yang ditunggu2. Namun apa yang pasti seribu satu mutiara dapat juga di tuai untuk peringatan bagi diri yang selalu lalai. Di sini saya kongsikan apa yang disampaikan oleh Naib Musyidul Ikhwanul Muslimin ini. Nota dibawah diambil dari penulis blog terkenal  Muharikah. Semoga mendapat manafaat.




* Bacaan Al-Quran : Al-Furqan 61
* Ucapan Dr Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad(Presiden Ikram)
* Ceramah Sheikh Dr Juma’ah Amin (Naib Mursyid Am Ikhwan Muslim)
Bismillah & selawat aku menyampaikan salam Dr. Badie, mursyid Ikhwanul Muslimin (IM). Betapa aku berharap aku boleh berbahasa Melayu kerana Allah s.w.t. memberi hidayah dalam bahasa kaumnya. Maka, aku berharap aku boleh menyampaikan dalam Bahasa Melayu.
Alam islami berjalan dgn marhalah dahsyat. Deen ini yang bermula sebelum tasyrie dan pembangunan Negara. Ia menyeru kepada kesatuan perasaan.
Demi Allah, tidak ada yang dapat menghalang aku menghabiskan perjalanan yang jauh ini melainkan kerana perasaan ini. Iaitu kasih sayang kerana Allah. (The sheikh actually couldn’t stand for a long time, but for this lecture, he stands on the podium with full of enthusiasm—very touching )
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sebelum diperintahkan berjihad telah mentarbiyah sahabat dgn kasih sayang Allah, tarbiyah dgn kesatuan hati. Ia terlebih dahulu daripada pembangunan daulah. Mereka qiam, banyak mengingati Allah sehingga basah air mata mereka. Mereka ibadurrahman seperti yang disebutkan dalam surah al-Furqan–sifat rabaniyyah-merupakan sifat-sifat Allah.
Allah cinta kepada orang-orang yang bersifat rabbaniyyah. Tidak ada nilai senjata yang hebat sekiranya tidak ada air mata yang mengalir, jiwa yang khusyuk. Orang mukmin sekiranya disebut Allah; akan bergetar hati mereka. Iman mereka akan bertambah. Merekalah orang-orang yang menunaikan solat, zakat…
Oleh itu, Imam Hasan al-Banna mengingatkan kita, bagaimana merealisasikan sifat rabbaniyyah. Bagaimana kita menjadi golongan yang berjihad di jalan Allah, membangunkan malam, istighfar kepada Allah, taqarrub kepada Allah. Dia meletakkan tiga “methodology” :
1)     Aqidah
 2)     Amal
***
Diterjemah aqidah ini kepada akhlak rabbani, tidak takut mati. Aqidah yang sujud kepada Allah . Satu tangan yang menanam generasi dan sebelah lagi memikul senjata. Peribadi yang sempurna, Imam Hassan Al-Banna meletakkan manhaj ini.

Aqidah yang lahirkan amal inilah yg tidak dapat dipraktikkan oleh orang kafir.
Manhaj aqidah ini perlu ceramah yang panjang. Muslim bercampur dgn manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik daripada yang tidak bercampur dengan orang.
Imam Hassan Al-Banna mengajar bagaimana Islam itu syumul tidak terbatas kepada ibadah-ibadah khusus semata-mata (solat lima kali , puasa,…)Mengabdikan diri dari bangun tidur sehingga tidur kembali, ketika berjual beli, berperang semuanya. Ia meliputi semua urusan hidup.
Apabila seorang muslim telah sempurna aqidah, maka ia bergerak daripada sini sehingga ia menyeru manusiadan ia mempunyai kefahaman.
Imam Hassan Al-Banna: “Dengan pendekatan  Rasulullah, kita akan memerangi manusia dengan kasih sayang . Lalu terbinalah kasih sayang pemimpin dengan pengikut, pengikut dan orang ramai.

Beliau telah membentuk pengikutnya. Tidakkah kamu melihat seorang mukmin yang mempunyai sifat-sifat rabbani, percaya kepada janji Allah.
-Kefahaman mendalam,
-Iman yang mendalam
-Kesedaran yang jelas
-Amal yang berterusan
Jadilah kamu abid (ahli ibadah) sebelum menjadi pemimpin. Nescaya kamu akan menjadi pemimpin yang terbaik.
Mungkin orang bertanya, kenapa rabbani ?

Kerana perang dgn musuh islam adalah perang yang sengit. Musuh bersedia dgn senjata, tipu daya, helah dan harta benda. Kita sedikit. Tidak punya apa. Hanya dengan kekuatan aqidah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan bilangan orang yang ramai dan sebagainya. Tetapi bekalan yang kita perlu adalah bekalan rabbaniyyah.
Iqra’ … Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,… Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah, sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Al-alaq)
Kerana kekuatan kita adalah Allah.

“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” (Al-Anfaal: 17)
Inilah sifat-sifat sahabat . Mereka bercakap tentang orang-orang mukmin. Daripada mereka, terdapat rijal. Al Quran bukan sahaja cerita pasal iman tapi tentang orang-orang yang beriman.

Manusia terbahagi kepada dua:
-Yang suka dunia, tiada iman dalam hati mereka.
-Yang ditarbiah. Mereka mengatakan “Inilah janji Allah dan Rasul-Nya” bertambah iman meraka – dalam perang Ahzab.
Kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Sahabat-sahabat ini; sebelum ini zina, minum arak dan sebagainya tetapi selepas dicelup dengan sifat rabbaniyyah…
Kamu telah tahu ramai kisah sahabat;
Amar bin yasir vs orang musyrik- dia thabat , kerana merasa Allah bersamanya. Apalah nilai dunia baginya ketika ia percaya janji Allah.
Musab bin Umair, pemuda yang kaya diugut ibunya yang tidak mahu makan dan minum sekiranya tidak murtad, Jawab Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu diberi 100 nyawa, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam”.
Adakah kerana dunia? Yang berkorban Fi Sabilillah, adakah kerana dunia?
Mereka melihat syurga dihadapan mereka, bukan lagi dunia ini.
Bilal-sejarah yang dipenuhi rijal. Kalaulah tidak kerana sifat rabbani ini, nescaya mereka tidak mampu menghadapinya.
Mungkin ada akhawat yang akan bertanya, tiadakah kisah wanita?
Khadijah – wanita pertama memeluk Islam. Ketika Rasul s.a.w. ketakutan dan meminta diselimutkan ketika menerima wahyu. Zammilooni, .. “Allah akan memelihara kamu”…..
Asma’ Abu Bakar – Ketika anaknya yang bimbang dia akan dicincang-cincang dan merobek jenazahnya dengan kejam, Ibu yang rabbani ini berkata
“ Tak ada yang perlu ditakuti dari perbuatan orang-orang hidup terhadap orang yang telah mati. Bukankah kambing yang sudah disembelih tidak merasa sakit lagi ketika dikuliti?” jawab Asma’.
Aku cuma memetik beberapa bunga ros daripada sejarah kita. Kisah wanita dahulu dan sekarang banyak qudwah dan contoh untuk kita.
***
Oleh itu, kita melihat beberapa rijal dari Ikhwan yang tertarbiyah dengan tarbiyah sebegini, seperti di Palestin, pengorbanan mereka, sehinggakan Yahudi sangat takut kepada rijal rabbani itu. Mereka(Yahudi) melihat rijal ini manusia yang tidak takut mati.
Kisah seorang sahabat yang tidak mahu menunggu untuk mati syahid walaupun semata-mata untuk makan sebiji kurma.
Ia bukan sahaja pada kisah Al-Banna sahaja . Tapi, kisah-kisah ini berterusan . Tidak tahukah kita tentang Syed Qutb yang akhirnya digantung? Sebelum itu, adiknya datang memberi tawaran. “Jari telunjuk saya yang mengakui ke Esaan Allah dalam solat, menolak untuk menulis sebuah kebenaran yang di redhai oleh seorang penguasa yang zhalim. Jika saya dipenjara dengan alasan yang benar, saya lebih menyukainya. Namun jika sebaliknya, maka saya adalah orang-orang yang setuju kepada kebatilan”
Dimanakah rijal rijal yang rabbani itu?
***
Saya tidak mahu mengatakan Ikhwanul Muslimin tetapi ramai yang telah mati syahid.
Ada akhawat yang membawa kanak-kanak sekali ke Medan Tahrir. Sebahagian orang melihat IM tidak langsung meninggalkan medan tersebut sehingga ada arahan untuk mengosongkan medan tahrir.
Kami katakan “ wahai wanita , pergilah balik, sesungguhnya kami akan tetap di sini sehingalah keputusan datang dari Allah kepada kami”
Pukul 12 malam, datang 5000 syabab ke medan tahrir.
Pukul 2 pagi, seorang ukhti menelefon aku. Dia bertanya, “Wahai ustaz, aku mahu bertanya, adakah bala’ dan ujian ini hanya untuk rijal sahaja?” “Kami kesian kepada antunna , tetapi bala’ dan ujian ini turunnya kepada lelaki dan perempuan.” “ Kalau begitu, walaupun kami dihancurkan, kami akan sertai medan ini juga”
Apakah nilai rabaniyah ini sekiranya ia dibaca sahaja? Ia hanya bernilai jika dua perkara berlaku;
1)     Rasa kebersamaan Allah secara yakin.  – tsiqah kepada Allah (seperti kisah Hajar dgn Ibrahim A.S. ketika ditinggalkan di padang pasir Mekah. Atau kisah pengikut Musa ketika hampir dikejar oleh Firaun. Musa berkata, “ sesungguhnya padaku Tuhanku. Dia akan menunjukkan aku jalannya” Kisah hijrah : “Jangan takut, Allah bersama kita”. Bagaimana mahu realisasikan??? Allah berkata : “Sekiranya kamu tunaikan solat dsb…”
2)     Redha Allah – Walaupun semua orang membenci mu, tetapi Allah redha padamu, maka jadilah kamu orang yg gembira. Terimalah perkara yang ditetapkan oleh Allah,bukan semata-mata  laksana. Tapi laksana dengan cinta!… Oleh itu, Rasulullah saw menyebut : 3 perkara yg sesiapa ada padanya dapat rasa kemanisan iman; Allah dan rasulnya lebih dicintai, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur seperti benci dicampak ke neraka.

Rasalah rabbaniah. Kamu akan rasa ukhuwwah . Sesungguhnya rahsia kekuatan kamu adalah pada ukhuwwah kamu!
Rasalah kemanisan Iman, dan terimalah iman untuk mencintai Ikhwan kamu.
Kamu bertanya padaku. “Bilakah kemenangan itu akan datang?katakanlah ia sudah dekat…”
Wallahu`alam.

p/s: sedikit perkongsian untuk semua.


Post a Comment

Previous Post Next Post