Kahwin ku kahwin muda?

Salam bahagia,

Dari tarikh 28 Mei 2011, setelah sah saya bergelar suami orang, saya mula sedikit perlahan dalam penulisan blog. Entah kenapa...mungkin momentum sedikit perlahan dek kerana penyesuaian diri dengan kehidupan baru. Artikel ringkas yang diterbitkan juga tidak saya sentuh langsung berkaitan kahwin.

Walaupun dahulunya saya gemar bicarakan tentang cinta dan kasih ini. Ketika tarikh keramat diatas, ucapan akad nikah dihadapan imam dapat saya selesaikan dengan sekali lafaz. Alhamdullilah. Namun , segala beban kini telah dialihkan ke bahu sendiri.



Kawan-kawan yang seusia mungkin beranggapan bahawa kahwin saya adalah kahwin awal. Sedang sebahagian mereka masih giat mengumpul harta buat bekalan `hari tua`. Sedang sebahagian tidak mahu memikirkan soal ini langsung.

Benar terkesan dengan ceramah yang saya pernah nukilkan sebelum ini di Relevenkah kahwin muda menyebabkan saya mencorak langkah sendiri untuk menyusun perancangan perkahwinan yang lebih bersistematik.

Kini, orang seakan tidak percaya, bila saya memasuki dunia korporat, mengharung badai didalamnya, perkahwinan semuda 25 tahun bagi mereka suatu yang ganjil. Masakan boleh, baru berumur 25 tahun sudah kahwin? Mau makan apa? Bini makan ap?

Ini mungkin bacaan yang bermain difikiran bila bersama-sama mereka yang merasakan umur panjang menyebelahi dan hidup ini kena `enjoy dulu`. Tapi sedarlah, sebenarnya rezeki itu Allah sudah tetapkan.

Mahabijaksana Allah yang mengatur segalanya cukup sempurna. Percayalah, perkahwinan dalah usia 25 tahun bukanlah muda. Umur kita semakin hari semakin pendek. Masa juga semakin pantas berlalu. Perkahwinan muda saya boleh simpulkan kepada beberapa kelebihan:

1. Terjauh dari pelbagai maksiat yang jauh lebih besar seperti membawa kepada zina.

2. Lalai dan leka dengan menghabiskan masa tanpa arah tujuan dengan hanya keluar bersama-sama menambahkan lagi dosa yang sudah tersedia banyak.

3. Merugikan wang. Wang yang dihabiskan untuk perbelanjaan ketika keluar bersiar-siar jika manafaat kepada sesuatu yang lebih elok,alangkah bagus.

4. Kesetiaan sebenar tiada sebelum kahwin. Kesetiaan sebenar adalah selepas kahwin. Lihat saja yang sudah hamil luar nikah, mana perginya `jantan-jantan` yang sebelum zina, mulut lebih manis dari gula?

Inilah hakikat sebenar kehidupan dunia. Cubaan datang berganda bukan kerana kita malang....tapi kerana sememangnya dunia ini ujian. Ujian bagi mereka yang dicintai.

Semoga kita terus bahagia sayang! Amin

1 Comments

  1. kahwin muda mendekatkan kita pada Allah secara tidak langsung. Insyallah boleh menghindarkan maksiat hati dan menjadi lebih tenang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post