Pakaian bagus dan Makan Banyak?

Salam semua,

Firman Allah dalam surah Al-A`RAF ,ayat 31 yang bermaksud: " Wahai Anak cucu Adam, Pakailah pakaian yang bagus pada setiap kali (memasuki) masjid, makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya, Alah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".

Ayat dari surah Al-A`raf tadi membawa kita menulusuri peringatan dan pesanan dari Allah Subhanahuwataala, yang menekankan 2 perkara yang kita selalu menganggapnya kecil tetapinya besar disisi Allah sehingga dinyatakan dalam Ayat ke 31 ini.


Pertama: Pakaian bagus memasuki masjid.

Pakaian bagus tidak semestinya baru dan cantik. Yang baru tidak semestinya bagus. Pakaian bagus pada saya membawa erti yang luas. Pertama, menutup aurat. Kedua mestilah bersih dari sebarang najis dan ketiga, mestilah tidak mengganggu jemaah lain. Bayangkan jika anda menerima jemputan dari PM untuk menemuinya secara persendirian. Apa yang anda terfikir?



Semestinya bermain difikiran kita, nanti PM akan meneliti perlakuan aku, pakaian aku sepanjang aku bersamanya. Oleh itu, kita akan menyediakan pakaian khas untuk bertemu PM. Cara jalan kita akan berubah semasa bertemu PM. Jalannya sopan, kata-katanya lembut walhal diluar sana perwatakan kita berbeza.

Tapi bagaimana penampilan kita ketika ke masjid? Kita memakai seluar londeh? Yang pada saya boleh membawa TIDAK SAH solat kerana nampak aurat punggung. Tidak malukah kita bertemu YANG LEBIH BERKUASA DARI PM sedang kita memakai pakaian yang teruk sebegini? Tidak malukah dan menyesal kita ketika di PADANG MAHSYAR nanti ketika ditunjukkan amalan solat kita, semuanya TIDAK DITERIMA kerana pakaian kita. Menyesal bukan? Kerana penentuan untuk kekal di SYURGA dan NERAKA amatlah besar penilaiannya lebih dari segala-galanya.

Sering kali kita acuh tidak acuh dalam bab berpakaian ke masjid. Bukanlah bererti kita mesti ke masjid dengan bersampin dan berbaju melayu lengkap, sebolehnya biarlah yang bagus tadi adalah yang menutup aurat, yang bersih dari najis dan yang pakaiannya tidak mengganggu tumpuan jemaah lain. Bukankah mengganggu jemaah lain juga DOSA? Oleh itu, elakkan dari memakai pakaian yang bercorak-corak yang boleh mengasyikkan makmum lain dan bertulisan yang pelbagai di belakang T-SHIRT yang boleh menarik perhatian makmum lain untuk melihatnya.

Kedua: Makan berlebihan.

" Makan sampai kenyang...tambah2". Itu biasa kita dengar di majlis-majlis atau dirumah-rumah yang kita lawati. Lalu makanlah kita sampai kenyang. Sampai tak dapat bergerak.Hehe. Kalau makan di kedai pula, pesannya bermacam-macam mengalahkan syef masakan. Ini bukanlah amalan sunnah. Tapi amalan PUNAH.

Makanan berlebihan inilah yang boleh menjerumuskan diri tergolong dalam kategori HEAVYWEIGHT, atau OBESE dan BERBADAN DUA. Tidaklah sihat namanya. (Menasihati diri juga). Allah memang tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan . Oleh itu bersederhanalah dalam makanan bahkan dalam apa sahaja. Tidak hairan Ulama, kalau bab makan itu mereka tidak titik berat kan sangat. Makan pun ala kadar sahaja. Bahkan Nabi SAW sendiri kalau tiada makanan Beliau berpuasa.

Semoga kita sama-sama beringat dengan amaran dan peringatan dari Allah.

Post a Comment

Previous Post Next Post