Mari mengenal Rasulullah S.A.W


Salam bahagia, seringkali lidah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi SAW setiap kali bersolat. Tapi pernahkah kita ketahui siapakah Rasulullah SAW sebenarnya dan bagaimanakah perwatakan baginda? Sejauh mana anda mengenal Nabi Muhammad SAW. Semoga sedikit perkongsian ini akan member manafaat buat kita semua.

Cara Rasulullah S.A.W Berjalan
1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: “Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal   Rasulullah S.A.W., “ Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau    sedang menuruni tanak yang landai”. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)

Cara Bersandar Rasulullah S.A.W
1. Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W bersabda,” Aku tidak akan makan sambil bersandar.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)

Cara Rasulullah S.A.W makan
1. Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali”. (Riwayat Tirmidzi)

Akhlak Rasulullah S.A.W
1. Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:” Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)
2.  
Cincin Rasulullah S.A.W
1. Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: “ Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi” (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah)
2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)
Dipetik dari buku Syamail Muhammad S.A.W karangan Imam al-Tirmidzi

Post a Comment

Previous Post Next Post