Salam bahagia,
Wang semestinya menjadi kegilaan sesetangah dari kita. Kerana wanglah mereka sanggup melakukan apa sahaja. Rasuah ..penyalahgunaan kuasa demi mendapatkan wang dan pelbagai macam cara lagi.
Namun disebalik sisi hitam manusia mencari wang, perlu diingat juga, wang menjadi keperluan. Keperluan bukan suatu kemestian. Mari kita berbalik kepada soal wang.
Pengalaman lalu, ketika bersama dengan teman-teman yang seangkatan dalam medan Universiti banyak projek dilaksanakan memerlukan dana yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang jenisnya bijak mencari peluang menggandakan wang persatuan melalui jualan-jualan hebat tak kurang juga menjadi peminta `sedekah` untuk mencukupkan dana.
Selepas tamatnya belajar, saya pula merasai pengalaman dengan insan yang digelar `anak Mak`. Semua duit perbelanjaan disimpan oleh ibu tersayang. Walaupun sudah dikira dewasa. Pada saya, dengan usia kita yang sudah mencecah belasan malah puluhan tahun, cukuplah untuk bergantung pada orang lain. Belajarlah untuk berdikari.
Simpan dan uruskan duit anda sebaiknya. Tidak hairanlah insan jenis ini kebiasaannya kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Nak tahu kenapa? Kerna ketidakupayaan diri sendiri untuk menanggung risiko. Setiap kali hendak menyimpan sendiri, dia pasti mula terfikir...nanti duit habis sebab tak tahan nak berbelanja dan seribu satu alasan. Memang kadang-kadang simpanan terpaksa di`korek`. Namun itulah namanya MENGURUS. Terkadang bila menghadapi masalah kewangan itulah masanya kita belajar mengawal belanja sendiri.
Beranikan diri sendiri untuk mengurus kerana kelak mungkin anda terpaksa mengurusnya. Jadi belajarlah dari awal dan seawal mungkin.
Tetapkan matlamat dan target pendapatan sebulan dan selia segala aktiviti yang melibatkan wang. Belajar untuk menggandakan wang anda dengan pelbagai pelaburan risiko tinggi dan rendah. Mulakan langkah awal. Namun jangan dilupa aspek kesahihan dan ke `halalan` sesebuah produk. Pastikan ianya mendapat `cop halal` dari Syariah Complience atau pun Jabatan Mufti atau pihak berwajib lain.
Syukran

Post a Comment