Salam a`laik,
Ketika melihat filem biografi `Sang Murabbi` cukup membangkitkan semangat siapa sahaja yang sedang mencari pengisian jiwa. Rohnya filem ini cukup buat ingatan para pendakwah. Namun dalam satu bahagian filem ini, ketika Ustaz rahmat abdullah mengirim sepucuk surat buat adik nya untuk memberi ingatan tentang kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Surat itu cukup membuatkan adiknya insaf. Lalu saya sertakan disini sebagai tatapan kita bersama. Semoga memberi manafaat.
Adik ku,
Aku tidak bisa mengatakan dengan pasti apa yang kau jalani sekarang ini. Mata orang banyak sekarang tertuju kepada sebuah keluarga,keluarga kita, yang pernah menjadi titik pandang orang banyak, tapi terserahlah ..,..huh...
Cuma wi adik ku, satu hal yang harus kau fahami, kita hidup tak sendirian di dunia ini, ada tatacara yang bila dilanggar mungkin akan rasa akibatnya sekarang juga baik berupa kerugian kehormatan, kesihatan, dan apa sahaja yg bernilai.
Mari kita mengambil pelajaran dari masa lalu, mengambil manafaat, mensyukuri nikmat baiknya, menghindari segala keburukannya agar tidak terulang lagi, saya yakin betapa pun jauhnya kita selama ini namun kau tentu tidak menutup diri untuk satu dua patah kata dari ku, sebagai tanda bahawa saya masih punya hati untuk memahami, menghayati perasaan orang lain.Maafkan daku atas segala kealpaan. Terima lah kebenaran dari mana pun datangnya. Terima kasih. Sampai Jumpa.
Rahmat Abdullah
Post a Comment