Rupa sebenar Sultan Kelantan Yang baru

Salam Syawal,

Alhamdulillah , syukur ku panjatkan pada Allah atas kurniaan kesihatan dan kesempatan buat diri untuk terus menukilkan cerita pendek ini. Tajuknya seolah-olah berunur negatif. Jangan salah faham.

Sedang enak menjamu selera, tersentak seketika apabila mengetahui bahawa Sultan kelantan yang baru sudah dimasyhurkan. Tuanku Faris yang menggantikan ayahdanya Sultan Ismail memang cukup dekat dengan masyarakat. Saya kira inilah sultan pertama paling pelik yang pernah saya jumpa.

Bagi mereka yang pernah berjumpa dengannya pasti kagum dengan peribadi Sultan Kelantan baru ini. Rakyat kelantan memang bertuah kerana mendapat sultan yang sangat `humble`. Bukan sahaja menjadi imam solat bahkan adat istiadat istana yang dilihat sesetangah orang menjadi penghalang atau tembok antara dua darjat iaitu darjat raja dan rakyat ternyata tidak kelihatan langsung antara baginda dan rakyat.

Mari berikan kepada saya seorang ultan seumpama ini dizaman ini? Pati tak ditemui. Bukan hasrat ingin mengagongkan sultan berlebih lebihan, tapi sekadar ingin mengambil baginda sebagai contoh untuk semua `orang besar-besar` negara ini. Orang yang berpangkat tinggi perlu sedar bahawa tiada bezanya antara kita kecuali jawatan sahaja!

Disini saya kongsikan beberapa gambar yang saya katakan Sultan paling `pelik` di zaman ini dan hebatnya peribadi baginda pasti akan dikenang sepanjang zaman.







Berdiskusi ilmu disebuah masjid di Kota Bharu


Sultan sedang membelekkan sesuatu.










Sultan menjadi imam..




Bersebelahan dengan dato` menteri kita.

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post