Adakah dikalangan mereka punyai keyakinan?
Keyakinan sememangnya sesuatu yang subjektif dan istilah ini bukanlah rumit untuk dihuraikan. Tanda-tandanya cukup jelas bagi mereka yang aktif dalam persekitaran masing-masing. Gugup dalam bercakap, terketar-ketar adalah antara jenis tanda yang sering kita lihat. Jika saudara/i merupakan salah seorang dari mereka itu, mari kita sama-sama kongsikan bagaimana ataupun tips-tips atau latihan untuk membina keyakinan diri masing-masing.
Latihan 1
-Duduk di hadapan. Biasanya dimana-mana acara samada berbentuk akademik ataupun jenis forum , kerusi yang paling cept penuh adalah kerusi yang paling belakang. Mereka yang memilih untuk duduk pada kerusi dibelakang rata-rata mempunyai keyakinan diri yang rendah. Ini kerana, mereka beranggapan jika berada didepan nanti takut-takut ditanya oleh ahli panel ataupun takut-takut terlalu menonjol. Tapi sedarlah kebanyakan orang yang berjaya adalah mereka yang menonjol.
Latihan 2
-Pandang matanya. Jika anda ingin menambah keyakinan diri, setiap kali bercakap dengan seseorang pandanglah matanya. Jika berucap, jangan lokek untuk memandang pada mata-mata hadirin yang hadir. Eye contact ini sangat penting. Jika bercakap tanpa melihat mata mereka yang kita ucapkan kata-kata , kita akan pasti dipandang sebagai mereka yang kurang keyakinan. Tapi awas jika bercakap dengan berlainan jantina. Ditakuti lain pula jadinya. Maka , mata amat penting juga dalam latihan menambah keyakinan anda.
Latihan 3
- Berjalan sedikit pantas dan postur yang tegak( sepadan). Berjalan adalah antara gerakan yang boleh melatih keyakinan anda. Perasan tak, mereka yang kurang keyakinan, gaya jalannya sedikit lembik dan kadang-kadang nampak seolah-olah tidak bermaya. Mereka yang kurang keyakinan akan menghayun langkah dengan perlahan-lahan seolah-olah mengheret kaki ke lantai . Berbeza dengan orang yang punyai keyakinan yang pergerakan jalanya dalam postur yang tegap dan gerak jalannya sedikit cepat. Mari kia menjadi `penonton` gerak jalan manusia. Duduk ditingkap masing-masing dan perhatikanlah mereka yang lalu lalang, pasti anda dapa menilai jenis orang tersebut.
Latihan 4
-Bersuaralah. Sering kali kita lihat dalam sebarang aktiviti berbentuk ucapan seperti perbincangan ataupun ceramah, sangat sedikit mereka yang berupaya untuk mengeluarkan idea masing masing. Majoriti lebih suka beranggapan, " idea saya mesti tak disukai mereka" ataupun "siapalah saya untuk memberi idea" ataupun " takut salah". Ketakutan jenis ini ada pada mereka yang kurang keyakinan.Oleh itu, ringankan mulut bersuara ataupun melontarkan idea.
Latihan 5
-Berikan senyuman lebar. Apa perasaan anda apabila senyuman anda dibalas dengan mimik muka yang tidak menyenangkan.Pasti anda akan kecil hati.Begitu juga keyakinan diri anda sering dipengaruhi oleh mimik muka anda. Jika anda sering senyum, maka keyakinan untuk anda lakukan sesuatu sangat tinggi.Semestinya anda akan lebih yakin lagi.
Setelah melihat kelima-lima latihan diatas, maka mari kita tanam dalam hati masing-masing " Saya Yakin" . Insyaallah pasti kita akan punyai keyakinan itu. Banyakkan bermonolog positif dengan hati anda. Suburkan perkataan " Saya memang hebat", " Mereka boleh ,saya juga boleh" dan " Sebenarnya saya boleh cemerlang jika saya sedikit bersungguh-sungguh lagi".
Sekian.
Post a Comment