Salam bahagia,
Malam ini genaplah 13 hari berpuasa di bulan ramadhan al barakah ini. Tup-tup... dah suku dari pada sebulan ramadhan. Alhamdulillah tahniah buat mereka yang masih berjaya mengharungi ibadah puasa yang mulia ini.
Dalam mengharungi hari-hari mendatang ....dalam bulan puasa ini... tergambar di fikiran saya, bagaimana kehebatan amalan-amalan ahlul ibadah dalam mengaut sebanyak mungkin pahala. Yang mana setiap amalan dilipat gandakan.
Sebelum kedatangan al-mubarak ini, atau mungkin pada permulaan ramadhan..pasti setiap dari kita pernah menanam azam untuk menambah amal ibadah (rugi siapa tidak pernah berniat begitu). Kampus ramadhan perlu kita peluk dan manafaat kan sehabis baik kawan ku.
Selama ini Allah memberi banyak subsidi berupa rezki , dan Umur yang sebenarnya bertujuan untuk menguji hambanya yang bersyukur. Setiap nikmat dari-Nya pasti perlu dibayar oleh hamba yang bertaqwa dengan menyaluti setiap detik dan saat dalam kehidupan harian dalam pengibadahan terhadap Allah Rabbul jalil.
Jika mahu kita gambarkan perjalanan hidup ini sebuah pengembaraan ..maka suka saya gambarkan buat teman Ramadhan adalah R& R yang merupakan tempat persinggahan sementara. R&R yang saya maksudkan adalah Rest and Re-charge. Itulah fungsi ramadhan.
Rest adalah rehat bagi perut kita wahai saudara. Rest juga untuk nafsu yang sentiasa berdamping mengajak kepada kemungkaran. Berikan nafsumu itu kesiksaan moga-moga seribu ketaatan akan menjelma.
Re-charge ialah proses mengembalikan balik tenaga iman. Setelah nafsu di hukum dan di siksa untuk melatihnya menjadi pengikut kepada iman ...bukan menjadi raja. Maka gantian daripada kelemahan nafsu, pastinya Iman akan di-`RE-CHARGE` secara automatik. Maka proses re-charge inilah yang bakal melahir manusia yang bersifat `TAQWA` yang akan meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dengan lebih berdaya saing.
Jika R & R di malaysia ialah Rehat dan Rawat ...MAKA R& R(REST & RE-CHARGE) pada perjalanan hidup manusia ialah bulan ramadhan al-mubarak.
Mari merebut peluang ibadah yang sudah terhidang didepan mata. Jika sebelum ini sehari hanya satu muka sahaja dibaca Al-quran...maka apa salahnya jika bulan ini digandakan kepada dua muka. Dan begitulah tentang amalan sunnah lain. Rebutlah peluang ini sebelum anda menyesal kerana tidak sempat berjumpa perhentian ini lagi pada masa akan datang.
Selamat menambah amalan sunnah dan menekuni yang wajib. ;-)

wow..bgusnye article ni..thx 4 sharing..R&R rest n recharge..like it!
ReplyDeleteThanks jamilah.Itulah R N R dalam hidup yang sering dilupakan... Asal ramadhan jer orang ingat R N R juga.Tapi Revenge and Raya....Tu je ingat.
ReplyDeleteRevenge sebab puasa so bila berbuka balas dendam kow kow dengan makan sebanyak boleh....
Post a Comment