Cinta seorang yang tak pasti

Salam mencari lailatul Qadar,

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa terakhir iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Namun , situasi di malaysia tenyata berbeza berbanding negara teluk yang mana di negara tersebut masjid mulai penuh dan sesak tapi di Malaysia masjidnya mula lengang.

Semalam di sebuah surau yang saya hadiri hanya tinggal 6 orang makmum bila tibanya solat sunat witir. Husnu zannya, mungkin mereka punyai kerja lain. Orang lain sibuk mencari Lailatul Qadar kita pula sibuk mencari Lailatul `Kamdar`.He..he.

Cinta seorang lelaki atau perempuan yang tak pasti


Seorang wanita pernah bercerita panjang pada saya dan teman lain tentang `ketidakpastinya`  cinta manusia bernama lelaki. `Ketidakpastian` yang dimaksud saya adalah ketidakpastian  dalam perhubungan. Si wanita tadi tertanya-tanya apakah si lelaki itu punyai rasa dan hati padanya.Ada pelbagai sebab mengapa ketidakpastian itu timbul.

Pertama kerana niat. Mungkin lelaki jenis ini adalah mereka yang bukanlah berniat ingin mengahwini perempuan tersebut. Tapi hanya sekadar suka-suka. Jika anda lah jenis sebegini maka berhentilah. Kerana memberi harapan palsu pada seseorang sangat merbahayakan ANDA!

Kedua, ketidakpastian oleh lelaki timbul kerana sikap tunggu dulu. Jenis lelaki ini ialah mereka yang ingin         `test` samada perempuan tersebut sesuai atau tidak dengannya. Sesuai , dengan kata sepanjang perkenalan mereka sekufu atau tidak. Jenis ini mereka mempunyai niat ingin berkahwin tetapi peratusannya 50%:50%.

Ketiga, rendah diri. Memang kadang hal ini juga terjadi. Tidak semua lelaki mempunyai self esteem yang tinggi. Berdasarkan pengalaman, lelaki yang pernah menerajui apa-apa program atau terlibat dalam banyak aktiviti kemasyarakatan mahupun kampus lebih tinggi nilai self esteemnya berbanding yang pendiam dan `isolated-person`.

Keempat, perkahwinan bukan nombor satu, jenis lelaki ini menghasilkan ketidakpastian kerana dia mungkin punyai cita-cita yang lebih besar dari itu. Mungkin ada yang mahu menumpukan kepada kerja dahulu dan ada juga mahu melanjutkan pelajaran dahulu.

Kelima, salah isyarat. Umum mengetahui, perempuan merupakan makhluk istimewa yang Allah cipta yang banyak disaluti dengan emosi dan perasaan. Maka terkadang , bagi sesetengah wanita, terkadang sering memberi salah signal . Dengan erti kata lain sekejap positif sekejap negatif. Jenis ini saya percaya banyak juga dikalangan wanita. Ketidakpastian oleh pihak perempuan ini menybabkan lelaki akan menjauhkan diri akhirnya. Maka berhati-hatilah dalam setiap keputusan.

Jodoh bukan hanya datang dengan doa....usaha juga diperlukan untuk merealisasikan doa tersebut. Itulah sedikit sebanyak jawapan kepada persoalan ketidakpastian dalam perhubungan oleh seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya.



Jika anda termasuk mereka yang diatas, maka berhati-hatilah. Kerana ketidakpastian yang anda timbul akan merugikan dirimu.Tetaplah keputusan selagi mana anda rasa itu yang terbaik buat anda. Jika anda pula yang menjadi mangsa ketidakpastian, anda perlu lebih proaktif untuk menjernihkan ketidakpastian itu. Bertanya atau berbincanglah. Dapatkan keputusan muktamad. Jangan merugikan masa anda untuk mereka yang hanya MAIN-MAIN.

Moga sedikit perkongsian ini memberi manafaat sedikit sebanyak buat anda dan saya. Selamat merenung dan mengamati maksud dalam artikel ini.

Mari kita semak satu ayat Allah:

Maksud ayat allah: " Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu kasih sayang" -Surah al-rum ayat 21.


Hadis nabi SAW:


Al-baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw bermaksud:" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan".



Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah dari golonganku"


Rujukan:

1. Indahnya Hidup Bersyariat-Dato` Ismail Kamus

2 Comments

  1. perkongsian yang sangat bagus.. teruskan penulisan..

    ReplyDelete
  2. kita tak perlu takut kan, rezeki akan datang dengan sendirinya kalau kita betul2 faham mengapa kita kahwin kan

    Website TV3 Diserang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post