Cabaran Hidup..mendewasakan..

Lelaki itu memandang jauh ke laut..mungkin itu caranya dia meluahkan perasaannya...heh

Salam bahagia,

Cabaran hidup suatu yang cukup mendewasakan dan mematangkan kita. Kadang-kadang cabaran datang dalam bentuk kewangan...maka kita berkerja keras mencari rezeki yang halal...terkadang pula ia datang dalam bentuk pelajaran maka terkumat kamitlah mulut menghafal untuk menghadapi peperiksaan dan moga ilmu itu kekal dan pelbagai lagi cubaan.

Baca lagi>>>

Masih saya ingat ketika mula menjejak kaki sebagai pelajar sebuah pusat rawatan islam, Mursyidnya mengingatkan kami, lebih kurang ayat: 'Bila mana kamu memasuki pusat ini, maka makhluk yang tidak kamu lihat akan mengetahui kamu memasuki dan mereka akan cuba bermain dengan kamu...." . Pesanan itu saya pegang kuat. Mereka bukan sahaja mengganggu diri tapi juga jika kita mempunyai pasangan, mereka akan porak perandakan rumah tangga. Walluhu a`lam.

Mahupun yang dapat dlihat seperti manusia mahupun yang ghaib seperti jin dan syaitan mereka akan memainkan peranan yang hampir sama menjadi cubaan dalam hidup mu. Tapi cubaan bukan untuk kita mengaku kalah..tapi untuk kita tidak putus asa dalamhidup.

Ayat 2 surah  Taa Haa  dengan jelas mengatakan: Maksudnya" Kami tidak menurunkan Alquran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan"

Justeru al-quran diturunkan sebagai peringatan dan hiburan untuk kaum muslimin. Bila cabaran tidak salah pada saya untuk mengalirkan air mata (bagi perempuan kebiasaannya) kerna itu  fitrah mereka. Bagi lelaki juga begitu. Namun setiap cabaran pasti ada kesan baiknya. Maka berusahalah untuk memperbaikinya.

Ingatlah setiap ujian Allah timpakan keatas kita adalah diatas titik-titik kelemahan yang perlu kita perbaiki. Berkongsilah untuk mencari penyelesaian sendiri kerana takut penyelesaian tanpa perbincangan hanya disertai dengan emosi dan natijah akan kita rasa selepas itu dan kesannya cukup MENYAKITKAN.

Tapi itulah hidup. Jangan putus asa dalam hidup.

Cerita mereka yang Kurang keyakinan

Beralih kepada kisah saya ketika menghadiri sebuah program di hujung negeri selangor, saya berbual dari hati ke hati dengan seorang perempuan yang boleh saya gelarkan adik. Badannya yang sedikit kecil menjadikan dia seorang yang kurang keyakinan diri. Pelbagai persoalan saya cuba timbulkan.Provokasi ala `baik` cuba saya sampaikan...Ternyata sifatnya yang sensitif menjadikan suasana pagi hening seketika. Sebak menceritakan cabaran hidup yang selalu dihadapi.

Diakhir slot, dia dengan tegas dan penuh dengan tekad berkata kepada saya: PRINSIP HIDUP SAYA: JANGAN PUTUS ASA. Matlamatnya sekarang ingin menambahkan keyakinan pada diri sendiri.Saya cukup yakin dia akan berjaya jika punyai tekad. Rupa-rupanya ada juga manusia yang bergelut mencari dirinya sendiri. Semoga adik itu akan temui keyakinannya nanti Amin.

Akhir sekali, percayalah cabaran yang Allah berikan..pasti punyai seribu satu rahmat... pokok pangkalnya, bagaimana cara anda menyelesaikan masalah. Keputusan yang membabi buta akan memakan diri sendiri dan orang lain. Maka berbincanglah. Itulah muafakat dalam Islam....

Post a Comment

Previous Post Next Post