Bangunan tinggi bukan KITA yang punya

Adakah semua ini kita yang punya? Atau kita hanya berbangga dengannya?

Salam ceria,

Coretan ini sekadar perkongsian saya bersama anda sekalian. Tajuk yang sangat sesuai untuk membawa anda menyelami dan menyedari pemikiran sesetengah penduduk Malaysia.

Ketika sedang minum bersama dengan abah di Kerinchi, kelihatan sekumpulan pak cik-pak cik yang saya kira penduduk asal Kg Kerinchi . Kelihatan begitu gah memuji-muji pembangunan negara.

Saya bukanlah anti kepada pembangunan negara.Namun gelagat pak cik-pak cik yang bersembang kosong dengan teori-teori yang entah datang dari mana.Hakikatnya kelihatan sedikit `tertutup` dek lama mungkin berpayungkan hanya satu media sahaja. Kasihan. Ternyata abah kelihatan tenang kerana sudah faham sangat dengan mereka yang ULTRA ni..

Sambil memuji-muji kehebatan bagunan baru Bangsar South yang mereka dakwa satu pembangunan berjaya negara. Namun jauh disudut hatiku terdetik..betul kah? Bagunan besar disana sini bukan kita yang punya? Kita hanya menumpang..mengguna tapi tidak mencipta. Sedih bertambah pilu mengenangkan nasib pak cik-pak cik yang sedikit ketinggalan dengan info-info terkini. Mungkin mereka beranggapan bahawa itu kerajaan yang punya. Tapi mereka silap.

Sebagaimana berlaku di bandar-bandar lain... tidak hairanlah suatu hari nant, bandar pantai dalam akan ditukar kepada BANGSAR SELATAN. Motif nya hanyalah ingin menaikkan harga tanah disitu. Namun jika dilihat untuk jangka masa panjang, saya kurang yakin bahawa jumlah penduduk melayu disitu akan bertambah, Tapi pada pandangan saya ia akan berkurang. Kerana kos hidup...

Itulah coretan serba ringkas tentang apa yang saya boleh simpulkan....jangan berbangga jika bukan itu yang kita punya. Tapi berusahalah untuk kita miliki dan kita kongsi. Sekian.

2 Comments

  1. owh
    aku duk kg.kerinchi
    skrg aku kena pindah sbb pakcik2 ni nak jual rumah mereka dengan pertukaran yang aku fikir sangat bodoh dan tak logik
    ini semua sbb perbezaan politik
    sapa sush
    aku jugak sbb kena cari rumah baru
    haish!

    ReplyDelete
  2. yer ker...kadang2 yg ULTRA MELAYU ni bukan main ckp nak majukan melayu la..bla2..tp sebenarnya dorang juga yang nak hapuskan melayu...apa daaa...kroni jer yg dorang nk tolong...

    kesian ko....mai cri kat kawsn umah kiteorg..maner tau ader..;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post