Kereta Secondhand atau Kereta baru

kereta mana pilihan anda atau pilihan poket anda?

Salam bahagia,

Wah, bila dah berkerja mula  lah terfikir-fikir nak menaik taraf kehidupan sikit. Kalau sebelum ini, kenderaannya hanya bertayar dua, terasa pula nak miliki yang berbumbung dan bertayar empat, macam sedan ke, SUV ker..heh.

Tapi bila memikirkan soal kereta ini, timbul pula mana nak beli, kereta baru atau secondhand car? Pening juga. Tapi pokok pangkalnya berbalik pada beberapa tips yang mahu dikongsi. Saya pernah terbaca sebelum ini, seorang pakar kewangan menasihatkan supaya mereka yang baru nak bertapak dalam kerjaya supaya membeli kereta secondhand yang berumur setahun atau dua tahun. Kenapa? Selain kereta masih dikategorikan baru, harga kereta secondhand ini walaupun baru setahun dua , harganya akan jatuh sebanyak 10-20% dari harga asal. So boleh berjimat.

Dibawah saya kongsikan beberapa tips bagi mereka yang ingin membeli kereta berdasarkan pembacaan saya dan sedikit pengalaman:



1. Poket anda

-Bila bicara soal beli kereta, apa yang bermain difikiran adalah minyak sudah naik, tangungan juga bertambah bagi yang berkahwin. Maka ,jika anda punyai poket yang penuh dengan duit, maka sesuai bagi anda untuk membeli kereta baru. Keadaanya juga jauh lebih bagus. Sebagai contoh, kereta Honda City versi baru dan Honda City tahun 2004, jika kedua-duanya dibandingkan, kenderaan baru lebih jimat minyak. Tapi kereta secondhand lebih murah. Sebagai contoh kereta baru Toyota Vios baru harganya dalam RM85K manakala Toyota Vios tahun 2008 harganya sekitar rm 70 k. Lihat , hanya 2 tahun beza harganya berbeza RM 15K.

2. Keperluan atau kemahuan?

-Dua elemen ini banyak bezanya. Kemahuan adalah keinginan anda mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan faktor2 lain. Manakala keperluan pula adalahah sesuatu yang benar-benar menepati kemahuan semasa, bukan memenuhi kemahuan. Sebagai contoh seorang ibu yang mempunyai cukup belanjawan untuk memebeli kereta dan mempunyai anak ramai. Maka ibu tersebut sangat memerlukan kereta yang bersaiz besar dan dia juga mampu untuk membayarnya.

3. Kereta Baru

-Siapa tidak mahu kereta baru? Semua mahu. Tapi biarlah memadai dengan ukuran duit yang anda punyai. Lihat saja betapa ramai rakan-rakan kita yang memakai kereta hebat-hebat walaupun tak memadai dengan gaji,.... tup-tup.. akhirnya kereta kena tarik sebab tak cukup bayar. Ini kene lihat pada faktor pertama tadi. 
-Untuk kehebatan semestinyalah kereta baru lebih baik dan elok dari kereta second hand. Interest rate juga yang dikenakan untuk pembeli kereta baru juga sekitar 2-4%. Interest rate untuk kereta luar negara lebih rendah berbanding kereta nasional.

4. Kereta secondhand

-Kereta secondhand lebih murah berbanding kereta baru. Anda boleh berjimat jika anda jenisnya hanya melihat kenderaan dari sudut keperluan sahaja.Petua untuk membeli kereta terpakai ialah, seeloknya dapatkan rekod servis kereta. Perhatikan kekerapan ia dihantar untuk penukaran minyak hitam. Jika tiada rekod, gunakan kaedah manual. Bawa lampu suluh kecil. Buka bonet dan belek ke sisi dan bawah enjin. Cari kesan titisan minyak hitam. Jika ada, bermakna ia mengalami kebocoran. Elakkan daripada membelinya. Belek juga kesan-kesan kemek atau ketuk pada badan.


Masalah bagi kereta terpakai ialah jika ia disimpan terlalu lama (tidak terjual). Enjinnya tidak dijana dan tidak digerakkan. Tetapi lazimnya kereta-kereta yang tidak terjual ini membabitkan model-model tertentu (yang tidak boleh penulis nyatakan di sini). Maka itu, wajar bagi bakal pembeli untuk mendapatkan tips berguna mengenai jenama, teknologi dan tahun kereta itu dibina sebelum membuat keputusan. Interest rate untuk second hand sedikit tinggi  berbanding kereta baru sekitar 4-5%. Namun anda masih boleh berjimat lagi kerana harga kereta yang murah.

So anda kena bertanya pada diri dan poket....mana satu pilihan hati? hehe...

3 Comments

  1. Encik nak beli kereta ker? Kereta ni tak boleh nak jadi aset, so 2nd hand pun OK-

    ReplyDelete
  2. Jnji ada market ckt ok la 2 kot second...

    ReplyDelete
  3. thanks... tgh mencari info jugak ni. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post