Bersama ASNAF zakat...menghitung hari untuk berubah
Anda mungkin pernah mendengar perkataan diatas dan juga mungkin kali pertama mendengarnya. Kata lain bagi laqob adalah kunniyah. Bermaksud gelaran. Sebagaimana nabi kita SAW diberi laqob AL-AMIN begitu juga kita. Tambahan orang melayu mewujudkan pelbagai jenis gelaran-gelaran yang terkadang menyakitkan.
Dari nama-nama elok sehinggalah kepada yang lucah, orang kitalah juaranya.Tidak boleh disangkal lagi sedangkan jika kita pelajari hadis dan akhlak..banyak ditekankan supaya menjaga kata-kata apatah lagi perilaku.
Read more>>>
Masih saya ingat sewaktu kecil dahulu, pelbagai gelaran yang saya perolehi...mungkinkah kerana kebaikan..atau kerana kebencian? Sukar untuk dijawab. Dari Zxxxx, gelaran tidak senonoh juga datang bertimpa seperti txxx kxxx, Mr xxxxx, dan pelbagai lagi yang mungkin sudah saya `erase`kan dalam hidup. Terkadang manusia sedap menuturkan mungkin untuk suka-suka tapi berhati-hatilah sahabat, kerana kata-kata mu akan dituntut oleh orang yang kau lontarkan kata-kata itu.
Berhati-hati kerana islam sangat menjaga kata-kata dan akhlak.Lihat sahaja lah, jika anda sedang membaca al-quran, namun sahabat disebelah sedang tidur, maka jika anda terus membacanya menyebabkan dia terganggu tidurnya, tenyata anda berdosa. Sedangkan yang anda baca Al-Quran. Ini kerana Islam sangat menekankan peri penting menjaga perhubungan.
Anda bagaimana? Mungkin kita senasib.Tapi biarkan sahaja label2 pada mu selagi mana ianya tidak memudharatkan kamu.
sm
ReplyDeleteada gak dpt gelaran y xbaik
memang x memudaratkan
tp ckp mnghancurkan hati nan sekeping ini
cewah
Post a Comment