Dalam tuntutan kehidupan sekarang, pekerjaan semakin sukar untuk diperolehi. Kudrat tenaga perlu dikerah lebih demi mendapatkan sesuap nasi. Pekerjaan pula semakin kurang dek hambatan masalah ekonomi Malaysia. Tup-tup…banyak sudah dipotong dari pendapatan kita terutamanya pekerja kerajaan seperti duit Cola.
Read more>>>
Read more>>>
Masalah ekonomi semakin serius jika kita orang Islam tidak pandai mengurus kewangan dengan secekapnya.Sekurang-kurangnya 10 % potongan dari pendapatan kita mestilah ditabungkan. Itu kata pakar-pakar kewangan . Maka peluang membuat duit mula dating bertimpa-timpa dalam pelbagai bentuk.Ada yang skim cepat kaya…ada pula dalam skim MLM. Dapat duit segera tanpa berkerja adalah bukan pilihan saya kecuali pelaburan. Hatta MLM yang menguntungkan juga perlu dilihat secara detail dari sudut agama Islam. Majlis penasihat ekonomi dibentuk bagi memberi `status` halal sesebuah perniagaan ataupun MLM bahkan pelaburan.
Jika sahabat berada dibandar-bandar besar, seperti kuala Lumpur ataupun Shah Alam dan tempat-tempat lain, cuba lihat bangsa apa paling ramai. Dan lihat pula bangsa melayu …Dari mana mereka berasal. Adakah peniaga disitu adalah anak jati KL? Anak jati Selangor? Ternyata jawapannya TIDAK.
Majoriti melayu yang saya jumpa dibandar adalah melayu kampung yang mencari peluang berniaga dibandar. Mana pergi melayu Bandar? Secara jujurnya melayu paling ramai dibandar-bandar besar ialah berasal dari Kelantan? Anda bersetuju?
Itulah hakikat yang perlu ditelan masyarakat melayu Bandar.
Kenapa?
Sebabnya mudah sahaja.Melayu Bandar (tidak semua) tidak mahu mengambil peluang kerana mereka merasa sudah selesa dengan taraf hidup sekarang.
“ Ko ambil lah peluang tu..aku tak mahu”. Kata-kata itu menunjukkan betapa putus asa dan pemalasnya sesetengah melayu Bandar. Lain pula kisahnya dengan melayu kampung.Mereka tertekan hidup dikampung, susah menjadi motivasi diri untuk mereka teruskan tekad menjejak kaki dan mengukir sejarah sendiri di bandaraya besar.
Melayu Bandar yang saya maksudkan sepanjang penulisan saya ini ialah melayu yang dilahirkan dan tinggal di Bandar-bandar besar dan dinegeri-negeri kaya seperti Selangor dan KL. Kata nabil “Lu pikir la sendiri”. Accept it or leave it…Fikir-fikirkan lah.
Post a Comment