Salam ceria,
Coretan kali ini adalah berkaitan dengan shopping.Sebut sahaja shopping, maka pihak wanitalah pakarnya.Betul tak wanita? Setiap kali pulang ke kampung, mesti pergi shopping. Keinginan shopping ini tak boleh kita juruskan hanya pada wanita.Kerana lelaki juga suka shopping seperti saya.he. Disini mari kita berkongsi tips shopping dengan tujuan untuk menjimatkan wang anda ketika shopping.
1} Makan Dulu
-Perasan tak, setiap kali kita keluar shopping, biasanya kita akan menghabiskan banyak duit untuk makanan. Tambahan pula, jika di pusat beli-belah besar.Maka setelah penat berjalan, mesti perut mahu diisi.Jika berkeluarga maka banyaklah keluar duit seumpama air. Tipsnya adalah makan dahulu sebelum shopping.Sekurang-kurangnya wang anda untuk makan dapat dialihkan kepada keperluan lain. Tambahan pula makanan di pusat beli belah bukan lah berkhasiat sangat.Betul tak?
2} Survey dulu
-Jika anda seorang yang suka menggunakan internet seoptima mungkin ,apatah salahnya jika saudara/i menggunakan sedikit masa untuk survey harga barangan anda diinternet. Anda dapat menjimatkan kos unutk membeli harga barangan tertentu. Bandingkan harga dengan kedai-kedai lain. Jika anda rajin, gunakan kerajinan anda untuk survey dikedai-kedai terlebih dahulu sebelum membeli.
3} Beli yang dirancang sahaja.
-Seorang sahabat saya, jenis kaki buku, pantang ke kedai buku maka banyaklah yang diborongnya walhal matlamat asalnya untuk membeli barangan lain.Sikap seumpama ini wajar diubah.Tuliskan barangan yang ingin anda beli.Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan jualan murah.Sebenarnya ia akan menyebabkan anda terpesong dari matlamat asal ke pusat beli belah.
4} Beli online
-Teknik ini bagi saya paling menguntungkan.Saya sudah banyak kali menjual mahupun membeli menggunakan kaedah ini.Bagi mereka yang takutkan risiko maka dinasihati jangan menggunakannya.Bagi saya, internet dapat menjimatkan banyak wang anda. Tak perlu membayar duit parking, duit tol dan yang paling best adalah tak perlu beratur panjang untuk membayarnya. Nah..kan dah jimat tu.Tapi perlu diingat,tak semua barang yang anda inginkan boleh didapati di internet.
Inilah sedikit tips untuk anda sekalian.Mungkin anda punya idea lain.Boleh kita kongsikan bersama. Selamat membeli belah dengan bijak.

Post a Comment