Nikmatnya bujang


Single and available...or single not available?.Pic. of 5 years ago
Salam ceria,

Pabila meniti usia di suku abad ini, transisi perubahan diri mula terasa.Dahulunya berseorangan kini terasa mahu dikongsi bersama. Dahulunya keluar berseorangan kini mahu keluar berdua.Dahulunya keluar ke makan berseorangan kini rasanya mahu berteman.Itulah simpton awal anda diambang perkahwinan.

Bila sudah berkahwin pula, rasanya rugi semasa bujang tidak dapat melakukannya apa yang dimahukan.Bila sudah berkahwin maka mungkin sukar impian untuk dicapai lagi.Betul kah? Tapi tidak semua impian semasa bujang tak dapat ditunaikan pabila berkahwin. Sebelum saya dan anda melangkah ke alam perkahwinan , apa kata kita berkongsi sedikit pengalaman atau nikmat yang dapat kita kecapi semasa bujang.


1} Bebas

-Bila anda dalam status bujang, maka anda mempunyai satu kuasa iaitu bebas. Anda bebas menentukan kewangan anda.Tidak perlu fikir tentang anak-anak apatah lagi isteri. Bebas membuat keputusan sendiri dalam segala perkara. Bebas menentukan kemana sahaja anda mahu pergi.

Read more >>>>




2} Kuasa memilih

-Memilih bukan sahaja  semasa pilihanraya.Namun bila anda masih berstatus bujang, anda berhak untuk memilih pasangan yang mana untuk dijadikan teman hidup. Pandulah dengan hadis nabi SAW. Pilihlah kerana agamanya (ketaatan terhadap Islam).

3} Melancong kos murah

-Bila anda berstatus bujang, masa inilah anda dapat menjelajah ke serata negara dengan kos yang sangat murah.Tak perlu fikir soal tambang untuk pasangan anda.

4} Low maintenance

-Bila anda masih bujang, maka anda pastinya tidak mengeluarkan belanja besar untuk diri sendiri. Biasanya lelaki banyak berjimat soal ini.

5} Ideologi sendiri

-Bila anda bujang, anda pasti mempunyai ideologi atau pemikiran sendiri terhadap sesuatu. Pandangan anda akan menentukan tindakan anda seterusnya. Sebagai contoh, jika anda mengatakan bahwa demonstrasi bukan jalan terbaik, maka anda pasti mengelak dari menyertainya dan begitulah sebaliknya. Ideologi anda tidak perlu dikongsi dengan sesiapa pun.Ia milik anda.

6} Perasaan sendiri

-Maksud penyataan diatas adalah anda mungkin tidak perlu berkongsi perasaan dengan orang lain bagi yang suka berahsia (tapi bukan saya..he).

7} Lepak bersama kawan

-Bagi lelaki bujang kebiasaannya lepak bersama kawan merupakan salah satu cara mereka bersosial.Ini mungkin menjadi nikmat bagi mereka jenis ini.Namun pabila sudah berumah tangga maka agak sukar untuk diteruskan.

8} Masa

-Masa anda ketika bujang saya kira lebih banyak.Jadi tidak hairanlah ulam-ulama dahulu seperti Imam bukhari sendiri berkahwin dalam usia lewat. Kerana mengisis masanya mengumpul hadis-hadis.Kita pula bagaimana?Kemana kita habiskan usia muda atau buajnag kita? Membacakah? Mencari ilmu agama? atau sekadar membuang masa di kedai-kedai kopi atau pusat-pusat beli belah?

Apa yang saya utarakan bukanlah untuk anda membenci perkahwinan kerana ia merupakan sunnah dan saya juga berkeinginan untuk melaksanakannya.Namun ia sekadar menstrukturkan kembali untuk kita melihat kelebihan semasa kita masih bujang lagi.Dan gunalah nikmat bujang itu sebaiknya sebelum anda bertukar status diri. Mari kita bersama penuhkan masa bujang dengan nilai tambah semoga ianya menjadikan kita sesuatu selepas kahwin.

"We learn from nothing to be something"

5 Comments

  1. masa bujang adalah masa untuk melakukan apa shj yg kita tidak boleh buat ketika sudah berkahwin.

    dan bekalan yg kita lakukan apa shj sms bujang itulah yg membantu kita untuk mengharungi alam perkahwinan.

    ReplyDelete
  2. hoho~

    Memang nikmat btol jd orang bujang.. ^^

    Juga nikmat bagi mereka yang masih sedang belajar, sebelum terjun ke alam pekerjaan...

    huhu~

    ReplyDelete
  3. Bujang is cool men, tapi jangan terlalu lama. di usia 30 tahun saya baru nikah. saya menyesal, mengapa tidak dari dulu-dulu.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju semua yang rakan-rakan katakan. Masa bujang ni lah masa nak buat sesuatu yg adventure. Bila dah kawen x leh dah la..

    bila dah beranak pinak..agak sukar lagi.

    tapi kawin juga ada nikmatnya.Tny yang dah kawen baru tau.Mungkin allah bagi dari sudut yang lain pula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post