Dosa malam pertama!


Mungkin anda kenal pusat disco ini..penuh di malam tahun baru



Salam ceria,

Hari ini saya punya kelapangan untuk mencoret selembar luahan.Mungkin ada sedikit yang boleh dikongsi.Ketika mana berdentumnya bunga api di sekitar KL dan di seluruh tanah air, maka tersedarlah penduduk kota bahawa tahun baru sudah bermula.


Azam , tekad baru semuanya di susun dan ditulis.Malam tahun baru penuh kemeriahan dengan percampuran dosa dan pahala. Di masjid negara diadakan solat gerhana ..tapi di dataran merdeka diadakan konsert 1 malaysia. Kali ini tidak berkesempatan menyertai aktiviti dakwah di KLCC. Namun di sekitar rumah kami sudah cukup terasa bahnag kemeriahan dosa ini.

Dalam hening malam ini lah menjadi medan kepada remaja liar  seolah tidak beribu dan berbapa melakukan adegan ringan-ringan di sekitar ibu kota.Bermula dengan ringan-ringan lame2 menjadi `berat`2. Malam itu menjadi malam pertama bagi mereka yang pertama kali BERZINA.


Maka wahai kawan ku, kau akan lihat dalam bulan september 2010, maka bertambahlah lagi kelahiran anak-anak luar nikah. Mereka lahir tidak berdosa tapi dibuang merata. Kemelut parah ini tanggungjawab penuh kerajaan. Budaya hiburan melampau bukan sahaja bermula di kota tapi hingga ke desa-desa.Daif sungguh manusia yang bertuhankan hawa nafsu sendiri.


Mendengar tangisan seorang perempuan ketika dalam rancangan Nasi Lemak Kopo O tv 9, tentang keperitan hidup bila sudah terlanjur.Wahai adik, bila sudah terlanjur ,kau akan dibuang.Bukan sahaja keluarga tapi juga teman lelaki mu yang kau ucap sayang itu. Maka berfikir dahulu sebelum kena.


Kerajaan `1 malaysia` perlu sedar anda penyebab no 1 kepada semua ini. Ibu bapa perlu sedar anda juga penyebab UTAMA masalah anak-anak anda. Pernahkah anda bertanya dengan siapa anak-anak keluar?siapa temannya? siapa kekasih hatinya? atau anda hanya kuli kepada harta, anda hanya pengemis kepada duit atau anda hanya tukang gaji kepada syaitan?


Mari berdoa moga kita semua dijauhkan dari dosa ini.ZINA ITU HARAM.DOSA BESAR!

4 Comments

  1. Kalau duduk di KL atau di bandar2 besar, perkara ini sangat susah nak dikawal. Pengaruh media, pengaruh rakan2 yg kurang pengetahuan agama Islam, juga yang bukan Islam dll juga antara faktor2 utama yang menyumbang kepada perkara ini.

    Selagi diri sendiri tak usaha sedaya upaya untuk menghindarinya, selagi itulah perkara ini akan berulang.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan awak.pelbagai faktor memang tidak dinafikan.
    namun saya melihat kerajaan dan ibu bapa memainkan peranan utama dalam masalah ini

    ReplyDelete
  3. Bercakap tentang faktor, boleh tulis satu artikel lengkap... Tajuknya, Faktor2 Kemunduran Orang Malaysia Dari Aspek Islam.
    Rasa macam nak tulis je kalau ada masa...

    ReplyDelete
  4. bagi saya sendiri yang hidup mmbesar di JB, pengaruh media, rakan2 semua mmg maslah utama...tapi selagi kita punya hati yang kukuh untuk mengelakkan perkara2 ni, dan sentiasa mencari dan dekat dengan biah solehah...insyaAllah segalanya akan selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post