Khusyuk macam tengah study group
Dalam kesibukan exam, terasa ingin mencoret. Exam baru sahaja bermula, maka alkisah terasa sempit dada, bukan kerana di kejar jembalang apa..apa kerana terkejar masa untuk menyiapkan diri dengan persediaan untuk menghabiskan nota kuliah yang banyak menimbun.
Sedan-sedan 2,3 jam nak exam..baru habis nota kuliah dibacanya.Itu perihal yang abnormal mereka yang ingin berjaya. Tak kurang juga berulang kali membaca namun tak masuk-masuk juga. Lain di baca , lain pula yang dapat.
Kalau saudara/i meneliti satu buku karangan Ahli mutakallimun ulung, Imam abu Hamid Muhammad bin muhammad al ghazali, maka pasti anda akan temui jawapan kepada persoalan anda.
Walaupun beliau mempunya penulisan yang tidak konsisten dengan karangan kitabnya yang pelbagai, namun penyelesaian di penghujung usia yang beliau hidangkan pada kita sudah cukup bermakna. Al-Risalah al-laduni banyak mengungkap peyelesaian persoalan ilmu.
Baginya yang ahli tasauf, ilmu diperoleh dengan penyucian diri dari dosa.Insyaallah ilmu akan senang masuk.Dibaca faham...serta berpanjangan kekalnya. Dosa menjadi titik-titik hitam seumpama corak hodoh pada cantingan kain batik. Dosa tadi menjadikan kita semakin angkuh mengemudi layar kehidupan. Gah dengan jawatan dan kepandaian yang semuanya sementara.
Dek dosa , baca susah nak ingat, hafal..tak masuk2, cakap juga tak serupa bikin ( tamparan pada diri)... Dosa yang pelbagai menjadi hijab antara kita dengan Allah. Dek dosa, akhlak jadi tak sempurna, hodohnya mengalahkan rupa, hinanya mengalahkan najis. Natijah dari DOSA.
Bertambah besar dosa yang kita buat, maka semakin buruk jugalah natijah yang akan kita terima. Tak disini, di sana nanti. Manusia mana mungkin sempurna, namun ianya bukan alasan untuk kita menjadi pengecut pada syaitan.Setiap apa yang kita ucap, perlu beringat, kita akan diuji apa yang diucap.Tapi jangan takut untuk memberikan nasihat.
Setiap bait perlu dibuktikan.Setiap kata perlu dikota.....buktinya hadir bila kau diuji...diuji dengan perempuan, diuji dengan pointer, diuji dengan kepimpinan...tidak lain, hanya kerana Allah sayang padamu.
Sedar juga pada mereka yang sentiasa beroleh nikmat kesenangan, pointer hebat, tiada masalah kewangan, berhati-hati mungkin ianya hanya sementara atau kau sebenarnya semakin jauh dari Allah , Tuhan esa yang mencipta mu.
Koreksi diri, jangan takut mengambil risiko untuk berperang dengan nafsu mu.Kerana kelak kau akan binasa juga.Jika tidak dibinasakan oleh nafsu mu, kau akan binasa juga dimakan ulat di dalam kuburmu.
Konklusi, untuk berjaya dari segala segi mari kita sama tingkatkan kemajuan diri melawan nafsu musuh besar yang tidak kita lihat.Tapi effect nya cukup besar dalam kehidupan.Masih belum terlambat untuk kau sujud insafkan diri di tikar sejadah mu.Mulakan ianya malam ini juga! Jangan bertangguh lagi!
then mcm mane kalau kita rasa mcm dah xde dose (kunun2nyelah) tp masih xbleh jwb.. usaha rasa dah cukup..
ReplyDeletemana nak cari dose itu?dimane... tang mane lg yg silap...
haha..musim exam bermula..harp2 blh menjwab dengan tenang..
ReplyDeletepointer tu ukuran dunia yng menentukan nilaian hebatnya kebolehan otak mengingati memori nota yang dihafal..tu mmg x dinafikan tetapi the end of day, most important how you gonna implement the study dicipline spt tepati masa, tekun in real life..
that makes sense wat ko blaja..
hehe..nasihat..hope dapt nek pointer..amin
to seiramlah:
ReplyDeletekalu tak leh jawab memang percayalah itu sebahagian dugan Allah buat kita.
Kadang kala kita yang tak habis baca pun.hehe
to detik sinergy:
tq detik. memang pointer ni ukuran dunia.terkadang dalam dunia dakwah penting juga pointer.
mungkin kalu kita dpt pointer tinggi ramai juga yang dtag.masa tu berguna dakwah.
klu tak , golongan mat-mat study tak dekati kita.siapa lagi yang nak sentuh mereka ini.Sudah ramai diluar yang hebat berkata-kata. Tapi berapa sahja pula yang hebat menggunakan pelajrannya untuk dakwahnya?..hope kita mencapai apa yang dicita.
Post a Comment