Salam ceria, alhamdulillah sempat juga meng update blog ini. Kegirangan beraya bersama keluarga di kelantan masih dapat dirasakan. Rumah? Alhamdulillah tak banjir.. Ketibaan di KL pula disambut dengan heavy traffic jam . TEruk gak la menunggu kat KARAK tu.
Aidiladha merupakan satu hari menyambut kehebatan pengorbanan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan tanggungjawab pada Tuhan mereka yang agong. Sebut sahaja aidil adha maka tergambarlah ertinya iaitu pengorbanan. Tapi adakah kita terkorban atau kita yang berkorban.
Terkorban di lapangan sendiri atai berkorban kerana mencari redhanya.Tak ramai yang mahu berkorban tapi ramai yang terkorban.
Terkorban
Terkorban dengan erti kata lain ialah kecundang dalam medan yang dicipta sendiri. Bila balik sahaja dari beraya maka semua siswa/i terfikir soal result exam.He3.
Mana taknya selepas berhari-hari bersengkang mata `study` last minute.Itulah perangai segelintir dari kita. Mereka jenis ini yang biasanya acap kali tergolong dikalangan `yang terkorban`. terdapat segelintir sahaja yang selamat mungkin kerana `otak bijak` mereka. Namun sedarlah kerana mereka sebenarnya rugi dialam lain. Kerana tuhan tidak pernah bertanya akan hasilnya tapi Allah bertanya akan apa usahanya.
Sebagaimana teguran Allah pada nabi Muhammad dek kesedihan lantaran tidak dapat meng`Islam` kan bapa saudaranya.Abu talib. Walaupun sudah banyak usaha dicubanya.Kerana hidayah atau petunujk itu datangnya dari Allah.
Berkorban
Mereka yang berkorban biasanya sedikit.Maksud berkorban disini dikategorikan sebagai yang ikhlas. Bukan saya tuhan unutk tahu berapa jumlah mereka yang ikhlas, namun mengikut hemat saya sahaja.Jangan ikut jika tak percaya.
Sifat mereka yang berkorban:
- Tak berkira wang ringgit ,masa dan segalanya.
- Tak mengungkit pengorbanan bila dalam keadaan kecewa mahupun gembira.
- Riak wajahnya sentiasa COOL sahaja walaupun dalam keadaan kecewa.
- Tenang dalam pelbagai keadaan terutamanya bila berhadapan dengan madu amhupun ajk2 gerak kerja.
- Hubungan baik dengan semua orang
- On call job menjadi pilihannya
- Mereka yang dekat dengan Allah.
- Solat malam kerap dilakukan
- Luahan perasaan hanya diluahkan dihadapan Allah di waktu hening.
Malah banyak lagi sifatnya.Memang tidank mampu saya untuk tergolong dikalangan mereka tapi mari meyemai sifat positif ini. Semua nak jadi baikkan?Nak masuk syurga kan? Apa lagi.Masa ini lah mahu tunjukkan pengorbanan anda.
konklusinya, terkorbankah kita atau kita tersenarai dalam mereka yang berkorban? Tepuk dada tanya iman. Kita yang akan mengubah nasib sendiri bukan kekasih hati, bukan umi abah. Berpijka lah pada realiti dan buat perhitungan diri.Kerana hanya kita mengenal diri sendiri dan sahabat menjadi cerminan kita.Tanyalah cermin itu , bagaiman rupa ku? Selamat berubah.
Post a Comment