Salam ceria sahabat sekalian.
Beberapa hari ini berkeinginan sangat ingin mencoret sesuatu tapi... kesibukan yang berpanjangan merencatkan sikit perjalanan blog ini.
Pada isnin lepas, sempat saya menghadiri kuliah di Masjid Arrahman. Kali pertama di bawanya Ustaz Ismail Kamus. Wah..memang berkeinginan sangat untuk mendengar kuliah darinya. Memang sangat mantap la.Banyak ilmu diperoleh.
Dipermulaan ceramahnya..sindiran beliau lontarkan buat golongan muda..anak-anak muda macam kita semua..penuntut universiti kot..yang hanya belajar atau membaca beberapa artikel..terus buat judgement...itu bid`ah..ini bid`ah...Masyaallah.Katanya Ulama belajar 20-30 tahun belajar ,dorang hanya dua tiga hari belajar atau dua tiga artikel baca..terus sudah pandai mem`bid`ah`kan sesuatu.
Siapa yang untung antara dua ini?......Barat atau dengan kata lain MUSUH ISLAM LAH! Di UM sendiri masalah ini mula menjalar terutamanya di Akademi pengajian Islam. Walaupun bukan penuntut fakulti itu..masalah ini saya ketahui dari sahabat2 disana. Bagi `mereka` yang golongan itu...bacalah banyak bacaan.Nanti mungkin anda akan faham.Saya pun baru nak bermula membaca soal ini.
Sebagai contoh: jika anda menolak politik, dan hanya taksub pada maulana-maulana tertentu atau ustaz tertentu..maka sedarilah sebenarnya anda hanya menghampirkan diri kepada ketaksuban yang tidak berasas..tapi anda seharusnya bijak membuat penilaian.Baca juga buku-buku dari mereka yang menyokong politik juga.Lihat dalil dan faktanya.Nah!..dari situ barulah membuat pilihan masing-masing.Sedih bila adik2 yang baru setahun jagung mendabik dada seolah-olah sudah bergelar ulama muktabar. Hinakah Imam al-ghazali, kalau dia yang anda tentang atau imam2 lain.
Tukar topik sikit. Cerita ini saya dapat dari Pensyarah falsafah sains islam. Ketika mana kitab Ihya Ulumuddin tersebar ke serata dunia...(kitab kedua yang paling banyak tersebar di dunia islam selepas kitab Al quran adalah kitab ihya ulumuddin). Maka kitab ini banyak ditentang oleh beberapa ulama.Seperti di cORDOVA, Ihya Ulumuddin ini ditolak suatu ketika dahulu. Apabila kitab ini dibawa ke Maghribi kalu tak salah, maka seorang ulama hebat disana telah mengarahkan supaya dibakar kitab tersebut. Lalu malam itu beliau bermimpi didatangi oleh Rasulullah SAW dan Imam Al-Ghazali, Imam Al-Ghazali mendakwanya dihadapan rasulullah SAW.LANTAS RASULULLAH menghukumnya dengan 6 sebatan.Pada sebatan ke 6 dia terjaga dari tidur dan dilihatnya ada kesan pukulan di punggung.
Selepas dari itu beliau mengeluarkan arahan membatalkan pembakaran kitab itu tapi menukar arahan supaya dipelajari.Cerita ini ditulis dalam sebuah kitab yang dikarang oleh ulama sufi. Penjelasan seumpama ini memang tidak diterima bagi sesetengah orang, tapi ini sedikit cerita yang nak dikongsi sahaja.Untuk lebih lanjut sahabat kenalah membaca dan menelaah apakah kekurangan dan kelebihan kitab ihya ulumuddin dan sumber cerita saya ini.
Berbalik kepada ceramah ustaz ismail kamus, jelas malam itu tidak banyak dapat diperkatakan dengan keterbatasan masa.Namun tegurannya terhadap sikap kita orang melayu.Biasanya selepas berdoa maka kita akan bersalam. Sebenarnya, selepas berdoa atau habis solat fardu solat sunat dulu baru bersalam.Kerana salam ini bila kita nak berpisah.Itu yang sebenarnya.
Sudah panjang rasanya coretan ini.MOhon maaf atas kekurangan fakta.Saya tidak menggalakkan anda supaya mempercayai seratu peratus cerita yang saya bawakan tentang al-Ghazali TADI kerana saya sendiri belum pernah membaca kitab karangan ulama sufi itu.Tapi ini hanya perkongsian semata-mata dari apa yang didengar dalam dewan kuliah.Insyaallah moga allah memanjangkan umur saya dan anda untuk kita sama-sama berkongsi dan terus suburkan jiwa dalam menuntut ilmu Allah ini.ameen.
astaghfirullah..
ReplyDeletebukan takat yg muda2 shj, tapi yg sudah dewasa pun kadang2 macam tu gak..ini mmg terkena pd diri ana sendiri..
tp itu dulu, insyaallah skg dan yg akan datang di harap tak lagi macam tu..
kita hendaklah menilai berdasarkan kebenaran..bukan hantam saje.islam itu syumul..tapi kat malaysia ni asal berkaitan masalah kemunduran umat islam je die kata isu sensitif..nak betulkan yg itu, die kata jgn persoalkan, ini terlalu sensitif..
even imam syafei sendiri kata, jangan ambil sesuatu hukum kerana org tu kata macam tu, tapi ambillah kerana nas yg sahih.lbih kurang mcm tu lah..
satu lg qaul imam syafei yg ana ingat "setiap perkara yg disandarkan terus kpd nabi s.a.w (hadis sahih), adalah mazhabku, walaupun ianya bertentangan dgn pendapatku"..
smpai macam tu skali katanya. kita boleh bayangkan la macam mana kritikalnya pemikiran ulama' terdahulu.
Politik tu sendiri terkandung dalam al-Quran..Allah menyuruh manusia memerintah dgn Adil dan Ihsan, buknnye dgn berbelah bagi..banyak lagi yg org kita perlu diperbetulkan..
Bismillah....
ReplyDeleteKerap juga berjumpa dengan manusia-manusia 'setahun jagung' ini. Membidaahkan amalan, malah ada yang sanggup membidaahkan ulama' serta mempersoalkan para sahabat.Yang lebih sadis lagi, sempat pula mereka2 ini menjatuhkan hukuman haram, syirik, murtad dan sebagainya... sadis2...
Biasa lah, darah muda... Kerap kali pula ia dilakukan oleh golongan manusia yang tidak menuntut berdasarkan disiplin ilmu yang sebenarnya. Itu yang nampak cantik di permukaan namun, lompang di dalam... ^^
Post a Comment