Ketika saya ditawarkan untuk menjadi calon pilihanraya kampus. Maka banyak saya kumpul pandangan dari naqib –naqib saya ,abang hizam dan abang hasbi.Masing memberi jawapan yang cukup memuaskan. Jawapan yang diberikan juga banyak dipulangkan kepada diri sendiri. “Terpulang kepada Kamal lah..kalau rasa itu yang terbaik buat lah pilihan.Kene ambil kira semua aspek”.
Itulah lebih kurang maksudnya yang saya terima dari pandangan naqib. Memang pada mulanya saya menolak.Namun atas desakan `jemaah` maka saya gagahkan diri untuk menyertai segala program yang direncanakan. Saya dari yang pendiam dan malu tidak bertempat ..telah berubah posisi. Menjadi yang talkative dan mesra juga... kadang-kadang ada juga yang tak suka.
Tapi memang saya nasihatkan anda sekalian, jika anda berpeluang untuk menjadi calon pilihanraya kampus maka sertailah.Pengalaman yang anda kutip sangat berharga wahai sahabat. Pengalaman menjalani latihan yang versatile menjadi kenangan terindah dalam kehidupan.
Untuk menjadi calon anda perlukan kelayakan tertentu.Sedarlah, tidak ramai yang mendapat peluang ini.Ramai yang pandai bercakap..tapi pointer tidak cukup.Jadi jika anda termasuk dari yang memperoleh kelayakan itu…GRAB IT! Anda pasti rasa menyesal.
Terkadang saya dengar rungutan terutamanya dari mereka yang suka melemahkan semangat orang lain atau mungkin tidak mahu sahabat lain lebih darinya, akan pelbagai keburukan PRK.Tapi sedarlah, pelbagai cabaran yang menimpa anda akan mematangkan diri.
Saya juga dahulunya pernah mendapat pointer DIBAWAH PEMERHATIAN DEKAN! Tapi saya bangkit dari mimpi dan bulan madu itu. Jika anda berikan saya satu lagi peluang untuk saya sertai pilihanraya kampus pasti saya akan menyahutnya...haha..saje gurau. Kalah dan menang sebenarnya adalah asam garam perjalanan hidup.Walaupun saya dahulunya kalah, Alhamdulillah ada hikmahnya, saya mendapat kawan yang dahulunya lawan semasa pilihanraya kampus dan yang menjadi penyokong pula menjadi teman sejati.Kenangan pilihanraya kampus adalah KENANGAN TERINDAH BUAT KU!
KELUARLAH DARI UNIVERSITI MENJADI PERMATA BERHARGA BUKAN BATU BATA,CIPTALAH SEJARAH TERSENDIRI ANDA ..PASTI KAU AKAN KENANGNYA SEUMUR HIDUPMU.
p/s: tahniah pada yang berani menyahutnya.Rugi pada mereka yang melepaskannya!
Salam lailatul qadar untuk anda
ReplyDeleteUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ReplyDeletePost a Comment