Hanya dia...


"Aku terima nikahnya fulanah binti fulan dengan mas kahwin sekian-sekian"....setuju..Angguk saksi-saksi yang ramai.Maka terijab kabullah sudah dua mempelai pada pagi itu.


Tapi aku bingung...Bagaimana harus aku berkahwin dengan orang yang tidak ku kenal.Ingin saja hati ini memberontak ingin menghulurkan salam perkenalan.Tapi mulut tidak dapat menuturkan sebarang kata-kata.


Kami menetap di sebuah teratak yang sederhana.Masih tertanya-tanya difikiran...siapakah gadis itu.Tapi aku hanya boleh melihat dia dari jauh sahaja.Padahal pada hakikatnya kami sudah sah menjadi suami isteri. Wajahnya cukup berseri .Sangat putih seolah suatu sinar iman yang cukup jernih menerjah keluar menggambarkan bahawa dia bukan lah orang kebanyakan.


Aku cuba mendekati untuk bertanya empunya gerangan.Kenapa aku kau pilih sebagai teman.Sedang kita tidak pernah bertemu apatah lagi berkenalan.Kenapa.Lalu gagah aku melangkah kehadapan sekuatnya untuk mengetahui siapakah si dia yang menjadi teman hati ku...Belum sempat aku bertanya....


Masyaallah...


YaAllah...Aku bermimpi rupanya.Ya Allah..apakah benar mimpi yang hiaskan dalan tidur ku ini? Berikan aku petunjuk ya Allah. Lalu Muhammad bangun dengan segera membacakan doa bangun tidur.Jam menunjukkan pukul 4 pagi.


Pagi itu masih kedengaran kafe-kafe masih giat memperdagangkan jualan masing-masing untuk juadah sahur. Dia mengambil wudu` lantas bersolat.Kesan mimpi cukup membuatkan hatinya penuh tertanya-tanya. Satu mimpi membuat hatinya cair.Malam itu dia menangis dalam suram malam.


Terkadang bulu roma naik.Ntah kenapa.Mungkin sejuk pagi itu menusuk hingga ke tulang rusuk...Doanya malam itu adalah lailatul qadar. Pagi itu ternyata 21 ramadhan bersamaan 11 September...


Teringat dia satu pesan Luqman kepada puteranya:


" Wahai anakku! Takutilah wanita jahat, kerana ia membuat engkau beruban sebelum beruban! Dan takutilah wanita yang tidak baik, kerana mereka tidak mengajak kamu kepada yang baik! Dan hendaklah kamu berhati-hati mencari yang baik dari mereka!"


Sempat dia mengingati satu lagi hadis nabi SAW:


"Kahwinilah wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka ambillah wanita wanita yang taat kepada agama nanti kamu akan beruntung."
-Riwayat Bukhari dan Muslim.


-Rujukan hadis dan kata-kata: "Jalan wanita menuju ke Syurga"-Ummi Salma Mohd.

6 Comments

  1. mace2 demo jak...
    demo tanyo ko?atau nk bagitau kawe demo nk kwen dah..hehe..

    ReplyDelete
  2. 11 SEPTEMBER??serangan pentagon...anda harus berhati-hati, bangkitlah segera dari mimpi ngeri..pulihkan kembali sebuah harga diri...

    p/s:andak belajar rajen2 ya...ahli genetik Islam cita-cita kami..;-)

    ReplyDelete
  3. to c.t fatimah: jgn salah faham.ini sebuah cerita pendek sahaja.tiada kene mengena dengan yang hidup..hehe

    to moja de guevara: erm..dah lama dah masak nasi minyak...baru bau ke..haha...nant abag kasi after raya.... :)

    to syuhadah: goliden?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post