Bicara dengan kekasih hati

Wah! kelantan sekarang makin mantap..iklan pun hebat2..





"Abang, abang dengar tak ni?" Rengek sang kekasih yang sah bernama Isteri. "Iye dengar, dengar. Kenapa ya ayang?" Jawab sang suami sambil tangan asyik dengan telefon bimbit memetik pesanan ringkas sambil mata melilau ke kiri dan kanan.


"Abang ni tak sayang kat ayang lah!" Pendek sang isteri membuat solusi. Rajuk yang mahu dipujuk. " Ish, apahal pulak ni? abang dengar lah." Suami cuba mempertahankan diri.


" Habis tuh, kalau betul-betul sayang, mesti abang akan hadapkan muka dan cuba nak dengar betul-betul apa yang ayang nak sampaikan ni." Tukas si isteri. ("gulp..") termangu si suami di buatnya.


Asas komunikasi yang sering dilupakan


Situasi di atas merupakan salah satu contoh realiti dunia, dulu kini dan selamanya dalam satu proses komunikasi dua hala.


Famili idaman semua orang


3,4 hari yang lalu saya bermimpi ada seorang yang saya hormati (baca: ummi saya) memarahi saya kerana tidak menjaga etika ketika berbual dengan kekasih. Aduh, sungguh terasa dan kena sekali teguran tersebut.


"Ummi tengok, din ni macam main-main baca Quran sekarang ni. Kejap berhenti baca bila ada orang telefon, kejap berhenti baca sebab saja-saja nak tegur orang ramai, kejap berhenti baca sebab nak buat benda tu benda ni. Tak patut buat macam tuh dengan kekasih hati kita." Noktah. Saya terbangun.


Benarlah perumpamaan yang dibawa Imam Ghazali tentang adab kita dengan al-Quran mestilah seperti adab kita dengan sang kekasih, bahkan lebih! Apakah rasanya hati kita jika sang buah hati mengutamakan perkara lain walhal perkara itu tidaklah sebesar mana pun?


Rasa simpati yang wajib ada dalam diri setiap muslim. Meletakkan diri kita di tempat orang yang menjadi mangsa barulah kita tahu akan pahit pedihnya suatu perasaan itu.


Inikan pula kata-kata ALLAH.. Kalam Agung.. Kalam Mulia.. Kalam Adil.. Kalam Mukjizat..Quranic science.. Kalam tiada bandingan. Sudah benarkah letak duduknya al-Quran dalam hidup kita sehari-harian? Atau saya dan teman ziarah memandang al-Quran sama seperti buku-buku biasa yang lain? Sama macam surat khabar dan majalah?


Al-Quran takkan sama dengan buku-buku karangan manusia yang kita pelajari kerana al-Quran adalah bukan karangan manusia. Ianya wahyu dan kata-kata dari langit!


Setiap huruf dan ayatnya menuntut pemahaman dan pelaksanaan daripada kita. ALLAH..Ampunkanlah dosa-dosa kami. Ringankanlah beban bagi kami menanggung tanggungan al-Quran, kata-kata yang berat ini. Permudahkanlah ya ALLAH.


Zenki 44,
Kampus Jalan Hospital,
25200 Kuantan.


sumber dari: http://nuruddinzenki.blogspot.com

5 Comments

  1. MasyaAllah..
    Banyak adab2 membaca Al-Quran, ada adab lahiriyah ada juga adab batiniyah nya.
    Dengan kitab Al-Quran sendiri pun ada adabnya. Letak di tempat yg lebih tinggi dr tempat kita duduk, jgn jd kan al-quran sbgi bantal tempat kita rehatkan tangan etc..
    Even kitab surah Yasin kita tak boleh letak atas lantai bila dah habis baca. Sebab mengandungi ayat2 al-quran..
    Tapi ana lihat masih ramai yg buat mcm tu dekat majlis2 yasin/tahlil.. At least letak atas bantal ke..sejadah yg dilipat tinggi ke...kan?

    ReplyDelete
  2. yup...bagi ana bukan sahaja kitab al quran malah buku ilmu jangan diletak di kaki atau dilantai.

    hormat lah ilmu walaupun ia ilmu dari barat.ia juga ilmu islam sebenarnya..

    belajar menghormati buku setapak mendekati Allah..

    ReplyDelete
  3. salam....

    Kalau masa tengah baca Quran, mak panggil... then kita berenti kejap. Pastu cakap sket, sambung balik.

    Itu dikira camna yer?

    Menjawab panggilan ibu, wajib... kan?

    dan, ia sering berlaku pulak tuh... huhu

    ReplyDelete
  4. untuk kes ini sy pernah dgr yg seorg shbt nabi ..dia solat, then bila ibunya panggil..lalu dia membatalkan solat untuk menyahut panggilan ibunya..(check balik).Inikan pula membaca al quran.

    sy kira panggilan ibu memng perlu dijawab.

    ReplyDelete
  5. Berhenti membaca al-quran untuk menjawab panggilan ibu adalah di bolehkan..
    Tapi, jgnlah menjerit " ya maaakkk???!!!" depan al-quran yang masih terbuka. Itu meninggikan suara dihapadan al-quran, dan kurang adabnya..
    Lepas tu,bila nak sambung baca, mulakanlah dengan Istia'zah/A'uzubillah dan Bismillah..Tak de masalah InsyaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post