Bercakap Tentang kehidupan


Kelahiran...

Semua gembira dan ceri menerima kelahiran baru..tapi ada juga dukanya jika kelahiran baru itu tidak dirancang.Apatah lagi..nasib mereka yang dirogol dan diperlakukan seolah binatang.Seolah episod sedih baru sahaja bermula.


Kanak-kanak..

Kanak-kanak adalah zaman untuk belajar.Perkembangan otak sangat cepat ketika ini.Didikan ibu bapa banyak akan terpengaruh terhadap anaknya. Teringat juga pesan Cikgu Norizan, guru BM saya, katanya kalau dah berumah tangga nanti and ada anak maka biarkan dia membesar dalam suasana aman tanpa tekanan.Biarlah dia mahu buat apa pun ( maksudnya bermain-main...conteng sana-conteng sini)...Jangan dimarah. Tapi nasihat dengan penuh hikmah.


Kata seorang berpengaruh yang sahabat saya , Mukhlis interview... jangan marah kanak-kanak dihadapan adik beradi.Tapi kalau dah tak tahan sangat maka marahlah dia didalam bilik.Supaya tidak malu terhadap adik beradik lain sekaligus tak jatuhkan emosi dia.


Remaja


Zaman paling mencabar.Ketika ini proses pembelajaran dan penerapan tauhid sangat penting untuk menjadi pakaian di alam dewasa kelak. Kata orang siapa anda semasa remaja ..itulah anda di waktu tua..Cuma energy jer berbeza..Tapi sikap dan perilaku lebih kurang sama jer..tapi tak semestinya macam tu..


Zaman ini memang sangat hebat cubaan dan dugaan.Dari TVnya sehinggalah ke internet. Kawan saya, seorang berbangsa india, sekarang posting di sebuah sekolah di Bangsar.She told me " They all very clever but their mind..really bad...dirty...or exteremely dirty...."..Hah..ni komen bakal cikgu- cekgi yang mendidik pemuda bangsa malaysia kita..


Zaman ini, pengaruh kawan sangat memainkan peranan penting.Masa ni lah kawan menjadi pendorong utama kepada kejayaan selepas ibu bapa (bagi yang erat hubungan dengan ibu bapa).


Dewasa


Zaman ini manusia mula melakar hidup yang lebih tersusun. Dahulunya main-main cinta sekarang `benar` -benar cinta.Cinta untuk berkahwin. Dahulu emosi mengatasi segalanya..sekarang pertimbangan akal serta panduan dari Al-Quran dan hadis perlu jadi keutamaan. Zaman ini, zaman manusia mula matang dalam berfikir.


Manusia mula mencari reti hidup dan `klymaxx` dalam zestnya mahupun dalam kejayaannya.Tafsiran kejayaan di peringkat ini berbeza-beza terhadap pelbagai jenis orang..


Orang Miskin: berjaya bila dapat banyak wang dan lari dari kepopmpong miskin
Orang kaya : berjaya bila dapat menjadi top list..orang kaya kat kg masing-masing
Orang universiti: berjaya bila dapat skrol ijazah atau dapat 1st class honour
Orang kg: berjaya bila hidup senang
Ulama: berjaya bila dapat berda`wah dan menegakkan kalimah Allah
Orang beriman: berjaya bila dapat melaksanakan yang diperintahkan Allah dan menjauhi yang dilarang.


Itulah pelbagai tafsiran tentang kejayaan .Dan pasti setiap orang punyai tafsiran kejayaan masing-masing. Ada oarng berjaya pengaruhi orang lain..dia bergembira kerana dikira berjaya.Ada orang berjaya dalam menguasai sesuatu..dia kira diirnya berjaya..


Zaman ini adalah pelengkap keseluruhan kehidupan atau puncak hidup manusia.

2 Comments

  1. salam

    isyh2...btui la...

    zaman kanak2 adalah yg paling best..dh xingt apa pn..semua org suka kita...kita nangis org pujuk..mkn org suap..semua la org bg..


    zaman remaja pulak mmg sgt setuju=zaman paling mencabar....nafsu macam2 la time ni..nk try yg nu la...nk try yg ni la....tapi ujian dan cabaran tu laa akn mematang kn diri dan sebagai persediaan utk menjadi yg lebih baik...(jika berfikir)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post