Salam bahagia,
Berhari-hari mencari masa untuk berkongsi dengan sahabat maya sekalian, akhirnya detik ini saya gagahkan tangan untuk mencoret sedikit pengalaman diri. Bila saudara/i membaca tajuk diatas pasti timbul pelbagai persepsi dan tanggapan negatif.Itulah kenyataannya.
Baru-baru ini saya sempat menyertai sahabat seangkatan mendekati golongan penggerak Parti kerajaan (sahabat pasti tahu parti yang saya maksudkan) dengan kata lain ..jalan-jalan mencari pengalaman. Keinginan untuk menyertai demonstrasi terpaksa saya ketepikan.
Tajuk diatas adalah apa yang saya alami.Bayangkan anda datang dengan niat yang baik tapi anda di hembur dengan kata-kata yang saya kira tidak menggambarkan kebebasan dan ke`professional`an sebagai seorang leader. Tergugat juga jiwa. Terketar lutut..bila pimpinan atau orang yang kita sanjung dihina tanpa data dan analisis tepat oleh orang yang terpelajar apatah lagi seorang pimpinan UMNO kawasan.
Nik aziz ni nyanyuk?bla..bla..Maki dan cacian sarat petang itu.Hanya berbekalkan keramahan bercakap saya cuba mengimbangi kata-kata yang dihemburkan pimpinan tersebut. Marahnya bukan kepalang.Ikutkan hati memang rasa nak `basuh` jer orang itu.Saya datang bukanlah dengan `stand` mana-mana parti..hanya sekadar mencari pengalaman berdampingan dengan masyarakat.
Beliau bercerita kepada saya situasi negara indonesia yang miskin dan membandingkan dengan malaysia.Kemakmuran hasil dari kehebatan pentadbiran kerajaan la kot..mungkin ada sedikit betulnya..Katanya ada pembangkang tak per.Tapi jangan kuat sangat.Setiap bait katanya jelas menggambarkan semangat nasionalisma yang tinggi.Dengan kata lain semangat `kemelayuan`. Saya jelas tidak dapat menerima setiap hujjah yang dikemukakan.
Teringat pesan ulama..jangan bertengkar dengan mereka yang jahil.Kita takkan menang.Yang jahil akan terus mempertahankan ideanya tanpa melihat pada bernasnya idea yang lain.Jadi saya ambil keputusan membiarkan saja dia melontarkan kata-kata busuk itu.Kerana saya punya misi lain. Setelah lama berbicara..saya tetap cuba mengambil hatinya..akhirnya satu yang runtaian kata menerjah keluar dari mulutnya..." awak ni tak nampak macam orang PAS atau PKR..bagus lah"..Terkesima ..haha..mungkin perwatakan saya yang `gila-gila `sikit tak se `warak` sahabat lain.Kira menjadi juga la...Upss..kantoi.
Tapi kata-kata hinaan terhadap ulama memang suatu yang cukup memeritkan.Saya simpan ia sebagai pengalaman. Kes kedua ...saya berjumpa pula dengan seorang bekas WARTAWAN UTUSAN malaysia (meloya)..Kira warga emas lah. Beliau mendakwa pernah ditawarkan menjadi Setiausaha kepada Najib Tun razak suatu ketika dahulu. Pelbagai pengalaman dan perkongsian kami berkongsi. Kisahnya cukup hebat di utusan.Tapi tidak mahu saya ceritakan buat masa ni.
Tapi dirinya yang seorang non-partisan...jelas dalam memberikan view yang menarik kepada saya tentang perwatakan wartawan. Satu perkara diakhir perbualan kami yang beliau tekankan...negeri Selangor adalah lubuk emas kepada negara.Kalau selangor ditadbir dengan korupsi sekali pun ia akan tetap kekal dengan status kaya.Tapi kalau ditadbir dengan tulus dan tanpa rasuah ia akan bertambah kaya.
Pengalaman -pengalaman turun ke dalam masyarakat jelas akan mematangkan kita tambahan pula kita sebagai mahasiswa.Mahasiswa tidak hanya pandai melontarkan idea-idea sahaja tapi harus mengotakan setiap yang dikata dan melihat juga persepsi masyarakat.Ramai manusia yang saya jumpa ...bercakap dengan pelbagai aliran pemikiran ala...lebih kurang critical thinking.Comment sometimes good.But please put it in a right place...Untuk critical thinking mungkin boleh dibicarakan selepas ini.
p/s: sekarang sedang habis kan buku: Critical thinking in Islamic perspectives..Jom membaca.
Post a Comment