Salam Ceria,
Tepat masanya 6 julai 1986 maka itulah tarikh keramat aku dilahirkan.Perkitaran hidup ini aku rasakan seolah begitu singkat.Tup-tup..dah masuk 23 tahun . Perjalanan hidup yang penuh liku ini memang sedap untuk dikongsi bersama sahabat. Tambahan mereka yang memahami.
Bagi ku dan keluarga ...tarikh lahir memang suatu benda yang kurang penting.Tidak hairanlah tarikh lahir ku pandang sepi. Tapi pada ku ia mungkin salah. Jika tahun lepas seingat ku, tarikh lahir ku jatuh pada hari perhimpunan anwar di pj maka tahun ini aku nantikan suatu kelainan.
Bagi ku hari bermakna sentiasa penuh dengan kontroversi dan kepelikan. Hari 6 julai ..maka aku buat kali keduanya bergelar guru tuisyen. Ketiadaan ucapan dan kiriman sms bukan suatu yang mencacatkan hidup ku. Bagi ku hari lahir...hari penting buat ku seorang dan aku cuba untuk melakukan sesuatu yang meninggalkan kenangan untuk ku.Yang mungkin boleh dikenang suatu masa nanti.Dan aku sudah melakukanya.
2 ungkapan yang memberi seribu makna bagi ku..
1. kURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI
2. BERGERAK KERJA LAH DALAM JIWA MUDA MU, TAPI BERIBADAHLAH DALAM JIWA TUA MU.
Usia dan waktu sering meninggalkan kita.Cepat berlalu. Maka bergerak kerjalah untuk islam dengan semangat muda tapi beribadah lah dengan keadaan kamu rasa diri kamu tua.Yang mungkin mati esoknya.
Ketika umurku 9 tahun ,aku menjadi orang pertama menjuarai pertandingan bercerita peringkat zon..dan aku terus menjadi juara setiap tahun sehingga umurku 12 tahun.Pengalaman menarik namun ada juga pahitnya. Ingat lagi ketika aku mula-mula menjadi juara, guru besar sekolah rendah tempat aku bertanding bertanya akan umurku.Ternyata dia terkejut ketika aku menyebut bahawa aku hanyalah darjah 3.
Ketika umur ku 13 tahun , aku mula berjinak dalam dunia penulisan surat rasmi.Aku sempat menghantar kepada kedutaan beberapa negara seperti amerika, arab saudi, australia, austria, finland dan beberapa negara lagi.Kiranya dalam surat itu aku menceritakan bahawa aku mahu melawat negara tersebut suatu masa nanti.Kononnya aku inginkan peta dan benda-benda berkaitan dengan negara itu. Alhamdulillah negara finland,autria dan australia seingat ku yang reply surat ku berserta barangan seumpama peta dan setem negara.Itu sedikit sejarah pelik yang memang aku buat.
Ketika usiaku di matrikulasi...pandangan pertama manusia disekeliling ku bermula dengan negatif.Mana tak nya, hari pendaftaran matrik pasum, manusia sekeliling ku bertie dan berkemeja tapi aku hanya ber seluar jeans dan t-shirt. Sehingga ada yang beranggapan aku ini samseng..Hahaha.kelakar manusia.
Dan kini aku melangkah setapak lagi dalam hidup , menghabiskan sisa yang boleh aku berikan buat UM. Moga setiap impian yang disimpan dan dirancang menjadi kenyataan.Amiin. Inilah sedikit luahan pengalaman yang boleh dikongsi.Bukanlah untuk mendapat pujian.Tapi untuk sekadar berkongsi.
semoga dapat mencapai cita-cita
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteselamat hari lahir...
tgk gmbr2 tu, teringat kenangan di Langkawi....
memang penuh kontroversi...
tapi kenangan yg indah.....
Moga ukhwah antara kita semua terus kekal...
salam singgah lagi..
ReplyDeleteselamat ulang tahun kelahiran..
teguhkan peribadi dengan ilmu yg tinggi
LER
ReplyDelete6 julai kan kt balik kl ari tu??
erm,slmt hari keputeraan ya
mg pnjg umo
murh rezeki
TQ..Terharu rasse...any way..doakan saya mencapai apa yang dicita
ReplyDeletePost a Comment