Professional versus ulama...


Salam ceria,


Selepas berlangsungnya muktamar PAS baru-baru ini barulah kelihatan mainan media ternyata berjaya menjadikan perpecahan buatan menjadi realiti dalam PAS.


Penggunaan istilah ULAMA VS PROFESSIONAL ternyata berjaya dimainkan media ..dari TV sehinggalah ke media cetak semasa. Pertandingan antara 2 kelompok ini kelihatan hebat tambahan pula dengan suntikan tambahan media dengan menemuramah kedua-dua kelompok tersebut.Datuk Husam Musa yang mewakili profesional ternyata kalah dengan jumlah undi separuh dari Ustaz Nasharuddin.


Golongan professional yang digarap media dalam PAS adalah mereka yang berkelulusan bukan pendidikan islam. Ternyata golongan ini dikatakan hebat dari segi pengurusan dan strategi. Walaubagaimanapun mereka dikatakan kurang arif dalam soal agama.


Ulama pula lemah disudut pengurusan.Betul kah? Ada betul nya kerana mereka ini sememangnya banyak terdedah kepada pengajaran semata-mata tanpa melibatkan diri dalam soal pentadbiran.Namun semua ini hanyalah anggapan media dan strategi media semata-mata.Soalnya ketika bercakap dengan penyokong PAS mereka tidak beranggapan wujudnya dua golongan ini.


Kesimpulannya, jadilah PROTAZ. Kuasailah kedua-dua bidang.Bagi ulama mereka perlu kuasai ilmu pengurusan manakala bagi aliran professional pula mari bersama menelaah buku-buku agama, kitab-kitab dan mari menuntut ilmu agama. Jangan kita sekularkan ilmu.

1 Comments

  1. ok blog ni ...teruskan menulis .. jangan cerita lembu dah lah!

    salam ziarah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post