Salam ceria,
Saya bukanlah terlalu minat untuk bicarakan soal politik.Namun sedikit sebanyak isu-isu politik diputarkan di media.Mendorong saya untuk komen. Isu 1 malaysia yang dijaja paling lama dan paling banyak oleh kebanyakan media. Tidak menghairankan pun. Itulah salah satu `buah tangan` politik setiap pemimpin. Sebagaimana buah politik Tun Mahathir adalah wawasan 2020 dan menara-menaranya ..pak lah juga dengan Islam Hadhari dan Najib pula dengan 1 Malaysia.
Pengenalan Biasiswa Nasional yang akan diperkenalkan adalah bagi menarik simpati masyarakat bukan melayu. Pemberian biasiswa kepada seluruh pelajar berdasarkan merit sebenarnya nyata bercanggah dengan politik UMNO itu sendiri. Mereka sememangnya ingin memperjuangkan melayu. Tidak hairanlah kalau wujudnya golongan yang tidak puas hati dengan idea najib untuk mewujudkan Biasiswa Nasional.
Banyak persoalan yang perlu Najib jawab. Altantuya...Rosmah dengan tag `perempuan puaka` dalam youtube ternyata penuh kontroversi. Saya kira dalam tempoh kepimpinan yang sempat saya lalui..Najib merupakan salah seorang Perdana Menteri yang paling banyak kontroversi.Paling banyak kritikan dan dikatakan mempunyai isteri Paling berpengaruh dalam sesuatu keputusan. Ada benarnya atau tidak.Kene nilai lah buktinya dulu.
Konsep satu malaysia..rakyat didahulukan tenyata omongan kosong politik sempit dan bersifat sementara dan tidak berpijak di buminya. Rakyat didahulukan saya kira tidak tepat. Isu royalti yang dituntut oleh kelantan ternyata diputar belit media. Terengganu mempunyai telaga minyak kira-kira 200 km di pesisir laut mendapat royalti.Tapi kelantan yang telaga minyaknya hanya 170 km dari pesisir laut tidak diberikan hak untuk royalti.Mana soal kepentingan rakyat? Alasan diberi adalah kerana wujudnya dikawasan pertidihan yang menjadi rebutan 3 negara iaitu Thailand,malaysia dan Vietnam.
Wah...Tapi cuba fikirkan..pendapatan yang diperoleh adalah 2.5 billion setahun. Kerajaan kelantan hanya memohon sebanyak 800 juta - 1 billion untuk tahun 2004 sehingga 2009. Hanya 1 billion untuk 6 tahun. Najib sebenarnya perlu buktikan bahawa politiknya bukan omongan kosong dengan memberi hak sama rata untuk semua negeri.
Banyak isu yang saya nak kupas walaupun bukan orang politik.Naluri orang biasa katakan. Saya bukanlah pejuang bangsa.Tapi saya tetap berpegang kepada perjuangan agama. Anda lihat sejarah dunia.Saya berpendapat perjuangan bangsa adalah perjuangan bawaan Yahudi setelah mereka diusir oleh Nabi SAW atas perlakuan jahat mereka.
Buka sejarah dunia..dengan perjuangan bangsa dunia takkan tenang. Kerana perbezaan bangsa agak payah untuk disatukan berbanding perjuangan agama. Mungkin anda punya pendapat berbeza.
Saya rasa sudah panjang ulasan ni.Rasa nak berhenti pula.Orang kalau baca panjang-panjang ni boring plak. Harap-harap satu malaysia ini biarlah bukan sekadar retorik atau strategi politik sahaja. Macam islam hadhari....turun pak lah..maka islam hadhari SENYAP...
Untuk Perdana Menteri kita, anda perlu membersihkan diri anda dan isteri dengan se `clear` mungkin. Terlalu banyak sangat kontroversi. Kontroversi timbul dari dua perkara. Pertama...anda yang memang melakukannya ..berkahlak buruk..lalu timbul banyak kontroversi dan isu panas..Yang kedua..anda difitnah...
Dunia hanya menilai disudut penglihatan dan pembacaan.Tapi Allah melihat setiap perbuatan dan detik niat kita ..Gerak hati dan perbuatan yang diselindungkan oleh mata-mata manusia.
Sekian.Sekadar luahan hati.
salam ziarah dari dak UKM -http://nurmujahidah.blogstarz.my/
ReplyDeletePost a Comment